“Musa kini mahram saya,” Mizz Nina & Noh Salleh Ambil Anak Angkat

11 tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan berita gembira yang mereka kini mengambil seorang anak angkat yang lengkapkan hidup mereka.

Khabar gembira itu dikongsi oleh Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada Khamis. Menurut Nina, dia dan Noh telah membuat keputusan untuk mengambil seorang bayi yang diberi nama Musa sebagai anak angkat.

Bayi yang diberi nama Musa itu sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Mizz Nina juga turut menceritakan perjalananan dan perjuangan mereka untuk memperolehi seorang zuriat walaupun bukan dari rahimnya.

Menurut Nina, jauh perjalanan mereka untuk sampai ke hari ini selepas bertahun menjalani rawatan IUI, IVF, akhirnya mereka dianugerahkan anak kecil itu.

“Saya boleh mengatakan bahawa dia adalah mahram saya sekarang. Perjalanan yang panjang untuk sampai ke tempat kita hari ini, melalui operasi iui, ivf, selama bertahun-tahun, Allah menganugerahkan kita bayi yang manis ini melalui cara lain, dan itu semua sudah pasti.

“Jika Allah menghendakinya untuk anda, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada sampai kepada anda dan Hanya Dia yang mengetahui masa yang sesuai untuk segala-galanya jatuh ke tempatnya. Segala ujian dan perjuangan adalah bersebab,

“Perjalanan kemanusiaan kami juga membantu saya dalam membuat keputusan ini, banyak bayi dan kanak-kanak di luar sana tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa, atau tempat yang boleh mereka panggil rumah dengan keluarga yang menyayangi mereka,

“Semoga menjadi cahaya bagi ummat, Semoga Allah melindungi keluarga kecil kita di dunia dan akhirat serta mengizinkan kita termasuk orang-orang yang diredhai-Nya Aamiin,” tulisnya.

Menyifatkan Musa sebagai hadiah yang terindah, Nina turut berharap agar anaknya itu dapat menjadi insan yang berguna kepada agama selain mendoakan keluarganya mendapat keredhaan Ilahi.

 


 

Perkongsian Mizz Nina itu mendapat pelbagai komen daripada rakan artis dan netizen yang turut terharu dan tumpang gembira dengan mengucapkan rasa syukur di atas kehadiran orang baru dalam keluarga pasangan itu.

Sumber: Instagram @officialmizznina