Tular Video Nyanyian Sumbang, Ning Baizura Tampil Jelaskan Isu Tersebut Selepas ‘Dibahan’ Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia Ning Baizura Sheikh Hamzah atau lebih dikenali Ning Baizura yang popular menerusi lagu “Curiga”, “Kau dan Aku”, “Awan Yang Terpilu” dan lain lain lagi. Ning Baizura juga masih bergiat aktif dalam bidang nyanyian sehingga kini walaupun jarang didengari dalam industri hiburan tanah air Malaysia.

Dikenali sebagai ‘Queen Of Soul’ penyanyi bersuara ‘soprano’ dan kehebatan vokalnya yang versatil dan unik. Namun baru-baru ini Ning Baizura telah menjadi perbualan hangat netizen di sosial media.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yanaothman di laman Tiktok menunjukkan Ning Baizura yang menyanyi secara langsung di sebuah tempat konsert kelihatan dia tidak dapat menarik ‘key’ lagu tersebut dan sekali gus terdengar pelik dan sumbang. Siapa sangka, video itu tular dan telah mencecah 1.2million.

Menerusi sebuah lagi video lain, difahamkan rupa-rupanya Ning Baizura tidak dapat menahan sebak apabila mendendangkan lagu Awan Yang Terpilu itu kerana ianya mengingatkan tentang arwah ayahnya.

Lebih menyedihkan, arwah ayahnya tidak sempat melihat Ning Baizura menyanyikan lagu tersebut.

Meninjau di ruangan komen, terdapat juga netizen yang mempersoalkan tindakan pengguna TikTok yang memuat naik video dengan durasi yang agak pendek malah mampu membuat netizen salah sangka. Netizen menyifatkan adalah lebih baik jika pengguna TikTok tersebut memuat naik video daripada mula.

Selepas menerima kecaman yang hebat dari warganet, pengguna TikTok itu berkongsi sebuah lagi video yang berdurasi 1 minit 16 saat yang memaparkan situasti yang lebih jelas tentang isu tersebut.


Video yang tular di laman Tiktok:

@yanaothmannn ‘Awan Yang Terpilu’ – by Ning Baizura Versi 2022 Gitchu! 🤍 #fyp #fypdongggggggg #awanyangterpilu #ningbaizura #terpilubetol ♬ original sound – yanaothman

@yanaothmannn Replying to @Yuna Rahim yes betul. Kak ning sgt2 sedih ketika membawakan lagu ini🤍 #fyp #fypdongggggggg #ningbaizura #awanyangterpilu ♬ original sound – yanaothman

@yanaothmannn Replying to @Miss Chubby 👀 okey awak.. #fyp #fypdongggggggg #awanyangterpilu #ningbaizura ♬ original sound – yanaothman

@yanaothmannn I think Kak Ning Still did her best! She’s Still Queen! Spread Komen2 Positive Guys!🙏🏻✌️❤️ Support kak ning! #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #awanyangterpilu #ningbaizura ♬ original sound – yanaothman

Sekdar info, kini ruangan komen di platform TikTok telah dinyahaktifkan atas sebab-sebab tertentu.