Connect with us

Selebriti

Pulang Dengan Gelaran Hajah, Penampilan Nelydia Senrose Berhijab Raih Pujian Netizen


Sebelum ini tular tentang kisah Nelydia Senrose yang menitipkan coretan indah buat suami tercinta, Mohd Hafez yang disifatkan sebagai suami yang terbaik buat dirinya. Coretan Nelydia tersebut membuat netizen memuji suaminya itu kerana membawa Nelydia ke arah kebaikan.

Selepas selamat tiba dari Makkah ke tanah air, Nelydia telah menjadi bualan ramai warganet apabila dia tampil mengenakan imej berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji bersama suaminya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nasrulnuddinnasri di laman Tiktok, lelaki ini merupakan peminat kepada Nelydia dan dia meluahkan rasa bersyukur apabila melihat artis yang diminatinya sopan mengenakan tudung dan mendoakan agar Nelydia terus istiqomah. Lelaki ini juga berharap Nelydia akan terus aktif dalam bidang lakonan masa hadapan.






Di dalam video yang berdurasi 20ssat itu, dapat kita lihat pelakon jelita Nelydia Senrose yang anggun dan sopan dengan mengenakan sepasang jubah serta tudung bawal berwarna hijau lembut di sebuah majlis kesyukurannya. Wajahnya juga kelihatan berseri.

Rata-rata warganet di laman Tiktok juga memuji kecantikkanya dan menitipkan doa agar Nelydia sentiasa kekal berhijab dan istiqomah.


Antara komen warganet di laman Tiktok:

“Seorang pelakon yang lemah kembut dan berbakat besar..”

“Tak make up pun cantik..”

“Suka dia berlakon dan suka cara dia yang humble dan sopan je..”

“Alhamdulillah tengok dia macam ni..”

“Alhamdulillah..berseri..”

Video yang tular:

@nasrulnuddinnasri Saya rasa gembira & bangga dengan Nelydia Senrose yang kini bergelar Hajjah. 😍😢 Saya tetap menghormati Nely. Saya sentiasa mendoakan agar terus beristiqomah dan teruskan aktif dalam kerjaya seni lakonan pada masa hadapan. Saya yakin Nely boleh bawa watak apa sahaja sesuai yang belum pernah dibawakan. Hopefully Nely’s acting is really the best and definitely never disappoints. Jangan menyepi, ramai yang rindukan Nely. Sebagai peminat, saya tetap menyokong Nely di samping Zahirah Macwilson dari belakang. Saya berharap, kalau betul-betul ada rezeki dapat bertemu dan bergambar dengan Nely bersama Zahirah dalam satu frame di mana-mana event mahupun majlis anugerah hiburan yang akan datang. ♥️ #NelydiaSenrose ♬ Muhasabah Cinta – Anisa Rahman

Sekadar info, video tersebut telah meraih 500,000 tontonan warganet dan mendapat lebih 400,000 tanda suka dan 697 komen di laman Tiktok.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)