“Suami ni dah la mualaf” Isu Tegur Pakaian Isteri Orang, Izara Aishah Tampil Beri Pendapat

Sebelum ini, tular di laman TikTok berkenaan seorang lelaki yang berang selepas isterinya telah ditegur oleh seorang lelaki yang dipercayai adalah peniaga di sebuah festival. Lelaki tersebut didakwa bersikap biadap dan tidak menghormati isterinya. Video tersebut telah mendapat kecaman kerana tindakkan suami yang melulu dan meninggikan suara di khayalak ramai.

Baru-baru ini, pelakon Izara Aishah juga mendapat perhatian ramai kerana telah memberikan komen di video yang tular tersebut dan memberikan pendapatnya tentang isu teguran yang dilakukan oleh lelaki berkenaan. Izara memberi komen bahawa seorang individu hendaklah menjaga adab dalam menegur.


Menerusi laman Twitter pelakon tersebut, Izara Aishah mengatakan jika ingin menegur penampilan seorang wanita lebih baik ditegur oleh sesama jantina.

Suami berkenaan juga adalah seorang mualaf jadi wajarlah si suami berang dan tidak dapat mengawal kemarahan kerana lelaki itu tidak menghormati isterinya.

Tambahanya juga, niat menegur adalah untuk memberikan keinsafan dan bukannya memalukan sesorang.

Izara juga mempertikaikan teguran yang diberikan oleh lelaki tersebut kerana apa yang perlu dibanggakan, lelaki berkenaan juga didakwa masih memandang wanita itu dari jauh selepas ditegur.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Izara mengenai isu tersebut.

Antara komen di laman Twitter:

Pautan yang tular di laman Twitter: