Tular Video Lelaki Cuba ‘Pau Duit’, Adik Penunggang Motorsikal Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Pembuli jalan raya ini bukanlah satu isu yang baharu malah ada juga individu yang tidak bertanggungjawab sanggup melakukan apa sahaja untuk scam dan mendapatkan duit dari pengguna jalan raya.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, sering kali kita dengar di media sosial di mana ada individu yang sengaja melompat ke arah bonet depan kereta orang awam seolah-olah mereka di langgar malah ada juga yang terbaring di tengah jalan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang penunggang motosikal dituduh cuba ‘pau duit’ daripada pemandu kereta yang berada di belakangnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Malaysiaviral di laman Twitter, pada awalnya kelihatan penunggang motosikal itu berhenti di lorong tengah, lalu dia bergerak ke lorong sebelah kanannya dan duduk di hadapan sebuah kereta.

Dalam pada menunggu traffic light merah bertukar hijau, penunggang motorsikal itu sengaja mengundurkan motorsikal sehingga terkena kenderaan tersebut.

Kelihatan juga dia seakan tidak puas hati dan turun daripada motornya namun apa yang dibicarakan tidak dapat dipastikan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan pendapat masing-masing namun ramai yang akui lelaki tersebut sengaja ‘buat-buat terlanggar’ supaya dapat sedikit wang pampasan daripada pemandu kereta.

Namun, selepas video tersebut tular, satu akaun Twitter @zarryzulkifli tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian sebenar yang berlaku kepada abangnya.

Menurutnya, abangnya itu telah difitnah dimana dia mengundurkan motorsikal kerana bimbang dilanggar oleh kenderaan lain yang sedang membelok dari arah laluan bertentangan sebelum perasan motornya terlanggar nombor plat kenderaan di belakangnya.


Pun begitu, pemandu kenderaan didakwa keluar daripada kereta bersama kayu sambil memaki hamun abangnya dengan kata-kata kesat.

Difahamkan dia sudahpun membuat laporan polis berkenaan video yang tular malah mendakwa pemilik kenderaan tersebut telahpun menyunting membuat audio pada awal video berkenaan sehingga menyebabkan abangnya dituduh sebagai scammer cuba ‘pau duit’ oleh netizen.

Antara komen warga maya:


Video yang tular: