Connect with us

Viral

Letak Duit Merata Tempat Di Dalam Rumah, Cara Lelaki Ini Surprisekan Isteri Buat Ramai Terharu

Pengorbanan seorang isteri sangatlah besar, dia yang memastikan rumah dalam keadaan bersih dan terkawal, menyediakan makanan, mengemas ruangan dapur, ruang tamu, bilik dan banyak lagi.
Iospital phone repair gombak
Jadi, tidak hairanlah jika ada diantara para suami yang sangat menghargai isterinya dan melakukan kejutan demi melihat mereka tersenyum.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini mempunyai cara yang tersendiri untuk membuat isterinya gembira mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @brotrying, kelihatan lelaki tersebut ingin membuat kejutan pada hari ulang tahun isteri tercinta dengan meletakkan duit di merata tempat tersembunyi.

Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah dia meletakkan beberapa keping duit RM50 di beberapa tempat di rumahnya seperti microwave, washing machine, troli ubat, peti ais dan macam-macam lagi.


Kedengaran juga di dalam video tersebut dia mengucapkan terima kasih atas pengorbanan isterinya serta menjalankan tanggungjawab yang baik buat suami.

“Sorry, tahun ni abang tak sihat. Ni je surprise abang sempat buat,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terharu melihat cara lelaki tersebut menghargai isteri tersayang.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui isterinya pasti sangat beruntung memiliki suami seperti lelaki ini malah ada yang berseloroh bertanya dimana ‘beg kuning’ di applikasi TikTok untuk membeli lelaki seperti itu.

Antara komen warga maya:

“Kalau aku kena treat macam ni.. mau nangis 1 hari”

“Best nya dapat pasangan yang appreciate kat kita”


“Aku pulak yang rasa terharu.. dapat suami yang baik pun satu rezeki…”

“Bestnye.. awat kami pulak sebak”

“Beg kuning takde ke? mana boleh orderr ehh hahahaha”

“Semoga bahagia and jadi lebih baik untuk terus di hargai.. syabas untuk suami yang pandai hargai”

“Hebat cara encik appreciate isteri.. semoga sentiasa dilimpahkan rezeki seperti air zam2 yang tak putus2..”

 

Video yang tular di laman TikTok:

@brotrying Happy Birthday sayang. Sorry, tahun ni tak de suprise =( @rifahmawaddah ♬ original sound – SCTI_Tanti Cintya – Mama Reyhan 👶

Advertisement

Copyright © 2022 YOY.MY Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)