‘Sakit Mata’ Tengok Sungai Tersumbat, Kegigihan 5 Pemuda Bersihkan Longgokan Sampah Raih Pujian Netizen

Setiap kali adanya sungai yang tercemar, pasti ramai yang akan menyalahkan pihak berwajib kerana tidak mampu mengatasi masalah tersebut.
Iospital phone repair gombak
Namun tanpa kita sedar, perjara tersebut berlaku kerana sikap tidak bertanggungjawab dalam diri bagi menjaga alam sekitar.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana 5 orang pemuda mendedahkan situasi sebatang sungai yang dipenuhi dengan sampah sarap mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pandawaragroup, mereka tekad membersihkan sungai tersebut agar air sungai dapat mengalir tanpa ada sekatan.

Walaupun pada ketika itu cuaca tidak berapa baik, namun itu tidaklah menjadi penghalang kepada mereka untuk meneruskan misi membersih sungai.


Difahamkan, aktiviti pembersihan tersebut telahpun dilakukan sekitar 6 bulan yang lalu apabila terdapat pencemaran air serta memberikan impak negatif kepada penduduk setempat.

“disungai hanya ada batu, air, ikan, dan tumbuhan, bukan sampah” ujarnya di ruangan kapsyen

Bukan itu sahaja, salah seorang daripada pemuda tersebut juga pernah terlibat dengan banjir dek kerana saluran sungai tersumbat.

Jadi itu antara salah satu penyebab mereka mengerah keringat untuk membersihkan sungai agar dapat memberikan manfaat kepada semua orang serta tidak berlakunya perkara buruk.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan semangat 5 orang sekawan ini sekaligus dapat memberikan contoh dan tauladan yang baik buat ramai orang.

Antara komen warga maya:

“Circle bukan sebarang circle…circle yang berguna untuk bangsa..”


“Kalau semua orang dalam Malaysia ni macam ni kan best.. tak ada la sungai tercemar dengan sampah sarap”

“Hormat sangat2 kagum dengan tenaga dan perngorbanan anda semua.. kontent yang sangat dihargai..”

“Terbaik lah anak muda… bukan semua orang sanggup buat macam ni..”

“Pemuda yang wajib kita contoh..”


Video yang tular:

@pandawaragroup disungai hanya ada batu, air, ikan, dan tumbuhan, bukan sampah #pandawara #onedayonetrashbag ♬ Given Up – Linkin Park

@pandawaragroup sungai paling rusak yang pernah kita temui sejauh ini #pandawara #onedayonetrashbag ♬ Nightmare – Avenged Sevenfold

@pandawaragroup biar air sungainya bisa lewat #pandawara #onedayonetrashbag ♬ Song 2 – Blur