Tular Rakaman Lori Dijilat Api, Aksi Berani Pemandu Lori Kawal Kebakaran Buat Netizen ‘Salute’!

Menjadi seorang pemandu lori bukanlah satu perkara yang mudah malah terdedah dengan pelbagai jenis risiko di atas jalan raya.
Iospital phone repair gombak
Jadi tidak hairan lah jika ramai daripada pengguna jalan raya yang lain sangat risau berada di sebelah lori kerana bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana aksi berani seorang pemandu lori nyata membuatkan ramai tercengang!

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @aciksufian1472, kelihatan sebuah lori yang terbakar di tepi jalan.

Namun, apa yang membuatkan ramai kagum adalah tindakan pantas pemandu lori yang terus mencapai pemadam api untuk memadam kebakaran sebelum lori lebih teruk dijilat api.

“Tak ada yang tolong abang lori tu walaupun dia dah lambai2 tangan minta tolong dengan pemandu lain.. last dia padam sendiri api tu.. dah padam api baru ada driver lain dgn orang kerja highway tu datang..sedih wehh tgk dia sorang2 padam api”


Si perakam bagaimana pun meminta maaf di ruangan kapsyen kerana tidak mampu untuk membantu pemandu lori tersebut atas sebab-sebab tertentu.

“saya tak boleh pandai pandai nak tolong sebab depan saya ada pengawal lebuh raya lagi pula saya ada anak kecil usia 11 bulan.. ramai yang kecam saya kata kenapa tak tolong abg lori.. saya kena fikir anak dulu..”

“saya rakam sebab nak bagi tahu hargai suami yang keluar cari rezeki halal. kadang suami keluar kerja balik dia tak cerita dengan isteri apa yang jadi sebab dia tak nak susahkan hati isteri..”

“maafkan saya abg lori bukan tak nak tolong” ujar perakam

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen salute dengan keberanian pemandu lori tersebut dalam memadamkan api sebelum ia makin merebak.

Bukan itu sahaja, netizen juga sedih melihat kegigihannya memadam api berseorangan tanpa dibantu pengguna jalan raya yang lain.

Antara komen warga maya:

“Pantas abam lori buat kerjatahu tanggungjawab dia..”

“Saya salute cara abang ni settlekan sendiri.. sikit rasa takut pun tak ada .. tak tinggalkan pun lori tu..”


“Sedihnya, mesti berdebar sangat dia time ni”

“Salute abang lori sebab dia berani.. pentingnya alat pemadam api..”

“Ya Allah cuba bayangkan tu ayah kita tengah cari rezeki..”


Video yang tular di laman TikTok:

@aciksufian1472maafkan saya abg lori bukan tak nak tolong 😢♬ original sound – hanaafi_saman – hanaafi saman

@aciksufian1472 Replying to @lizaanuar ♬ Esok Masih Ada – Hannah Delisha

@aciksufian1472 Replying to @ciikk_lieya08 ♬ Hujan – Dato’ Sudirman