Tindakan Majikan Tutup Bucu Dengan Tangan Lindung Kepala Pekerja Buat Orang Ramai ‘Cair’

Malang tidak berbau, kejadian berbahaya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan tanpa kita sedar seperti berada di tempat kerja. Oleh itu, pihak majikan harus memastikan faktor keselamatan dititikberatkan agar keselamatan para pekerja dapat dijaga.

Iospital phone repair gombak

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, suatu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @cikiee yang juga merupakan pemilik restoran tersebut itu.

Menerusi rakaman tersebut, seorang lelaki yang dipercayai majikan restoran itu sedang melakukan pengiraan di meja kaunter juruwang.

Kemudian, seorang pekerja wanita datang ke kaunter tersebut untuk mendapatkan barang di dalam rak yang terletak di bawah meja kaunter tersebut.

Melihat pekerja wanita itu sedang menunduk mendapatkan barangnya, majikan berkenaan sedar pekerja wanita itu akan terhantuk bucu yang tajam jika dia terus berdiri.

Ekoran itu, majikan tersebut bertindak meletakkan tangannya di meja tersebut untuk menutup bucu meja bagi mengelakkan pekerja wanita itu tercedera.

Setelah selesai mencari barang yang dicari olehnya, seperti yang dijangka pekerja wanita itu terus berdiri dan akhirnya terkena tangan majikannya itu.

Aksi pekerja wanita itu seakan berasa terkejut dan terdiam, mungkin malu untuk meneruskan perbualan dengan majikannya setelah kejadian itu berlaku.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan majikan lelaki itu yang melindungi keselamatan pekerjanya.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang meluahkan pendapat bahawa pekerja wanita itu pasti akan berasa segan ekoran kejadian yang berlaku itu.

Antara komen netizen:

“mesti akak tu blushing kn”


“Such a small but wholesome gesture”

“no bc i put my hands behind my back when im flustered and prob blushing”

“This is the type of stuff that makes you love your managers. Just the small things showing you care. Thank you sir”

“percayalah perhatian kecil seperti ini, justru yang paling berkesan dan sangat sulit dilupakan.”

 

Video yang tular:

@cikiee Okey sometimes have to take care my employe,, #cikiee #foryou ♬ original sound – Cikiee