Sangkakan Buat Sandwich, Rupa-Rupanya Juadah Untuk Ikan!

Amalan berkongsi rezeki merupakan salah satu sikap yang baik untuk diamalkan. Bukan sahaja berkongsi rezeki sesama manusia, malah kita turut boleh berkongsi rezeki dengan makhluk lain seperti haiwan.

Iospital phone repair gombak

Misalnya, simpan bekalan makanan anjing atau kucing lalu mengagihkannya di kawasan terletaknya anjing dan kucing liar.

Setidaknya ini dapat membantu mereka untuk mendapatkan makanan dan dapat mengelakkan diri mereka kurus kering kelaparan.

Sama seperti kisah yang tular di laman TikTok pengguna @wawa.mrzk baru-baru ini, seorang wanita berkongsi cara memberi makan kepada ikan-ikan.

Difahamkan, wanita itu bersama dengan anak-anaknya telah mengunjungi ke sebuah taman rekreasi dan mereka ke tepi tasik untuk memberikan makan kepada ikan-ikan yang ada di situ.

Wanita itu membeli sebungkus roti dan ebberapa botol makanan ikan lalu memikirkan cara untuk memberikan makan kepada ikan tersebut.

Kemudian, wanita tersebut bertindak menuang sedikit makanan ikan dan menyapu rata makanan ikan itu di atas permukaan roti.

Setelah sapu rata, dia pun melipat roti itu seperti roti sandwich.

Lalu, dia terus membahagikan roti itu kepada dua bahagian dan terus mencampak roti tersebut ke dalam tasik untuk ikan-ikan berkenaan.

Ketika artikel ini sedang ditulis, video TikTok yang tular ini telah menerima sebanyak 209.7K tontonan, 2749 suka, 25 komen, dan 23 perkongsian.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa keliru pada awal video kerana dijangka roti tersebut pada asalnya dibuat untuk santapan diri sendiri.

Rupa-rupanya roti itu dibuat untuk dijadikan sebagai juadah buat ikan-ikan yang terdapat di tasik berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, ada juga warganet yang berseloroh mengenai betapa istimewanya makanan ikan sekarang.

Antara komen netizen:

“Untungkan ikan sekarang makan roti ada coklat rice 😂😅😂😅😂😅”


“ingt nak mkn tadi…rupa2nya kasi ikan…😂”

“ikan belike : sedapnya kak esok ada lagi tak”

“semoga murah rezeki…kongsi rezeki dgn ikan .🥰🥰🥰”

“ingat kan Wawa nk makan roti tu”

Video yang tular:

@wawa.mrzk

♬ original sound – zzack🍁

@wawa.mrzk Replying to @Snsyazwani ♬ original sound – ki