“Tu la berani sangat” Lepas disuap Erra Fazira, Netizen Terhibur Tengok Jep Disuap Oleh Sari Yanti Di Rumah!

Sebut sahaja nama Jep Sepahtu atau nama betulnya Muhd Nadzri Zainal Abidin, tentu terngiang-ngiang lawaknya yang spontan. Manakan tidak, ada sahaja yang hendak dibuatnya untuk membuat penonton tidak kering gusi.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, Sepahtu Reunion Live 2022 yang bersiaran di Astro Warna telah mengadakan Sepahtu Reunion Live Tour 2022 dan baru-baru ini pula berlangsungnya episod pertama di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Bahru.

Bagaimanapun, episod pertama itu sahaja sudah membuatkan ramai begitu terhibur disebabkan gelagat berani Jep apabila pelakon jelita, Erra Fazira hadir sebagai selebriti jemputan.

Jep juga hangat diperkatakan apabila dia juga sempat disuap bubur oleh Erra Fazira.

Netizen juga hairan pada kali ini Jep kelihatan makin ‘berani’ kerana sebelum ini dia sering membuat lawak berlapik demi menjaga hati isteri tercinta.

Bagaimanapun, baru-baru ini Jep telah memuat naik satu video di laman TikTok nyata membuatkan ramai berdekah!

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat isterinya menyuapkan bubur kepada Jep yang ketika itu sedang mengusap air matanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat Jep dan isterinya malah sempat berseloroh mengatakan ‘berani buat, berani tanggung’.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berpendapat mungkin Sariyanti akan menyediakan menu bubur selama seminggu berturut-turut.

Antara komen warga maya:

“Kak Sari baru kasi masuk rumah ke tu”

“Untung sari tak bubuh cili lebih dalam bubur tu.. biar jep tak berani ulang dialog tu lagi”

 

“Tu la berani sangat.. berani buat berani tanggung”


“Kira untung lu bro makan bubur pakai sudu, disuapkan pulak, kalau pakai straw tak ke haruuu”


Video yang tular di laman TikTok:

@jeptapan Betul ke memang tengah musim bubur sekarang? #fyp #fypシ #foryoupage ♬ Dendam Cinta Seusia Dunia – Bumi Putra Rockers (BPR)