Sedar Bawa Watak Seperti ‘Kayu’, Siti Khadijah Masuk Kelas Untuk Baiki Lakonan

Tidak dapat dinafikan, menjadi seorang pelakon yang hebat sememangnya bukan perkara yang mudah. Malah untuk terus kekal ‘relevan’ dalam industri seni dan mempunyai banyak peminat juga memerlukan masa yang agak lama.

Belum lagi ceritanya dengan mulut-mulut netizen yang sentiasa mencari kesalahan pelapis baharu.

Iospital phone repair gombak

Pelakon yang semakin menginjak naik dalam dunia hiburan, Siti Khadijah atau nama sebenarnya Siti Khadijah Halim ini telah membuktikan bahawa bakat lakonan yang ada padanya bukan ‘biasa-biasa’.

Selain itu, wajahnya juga mempunyai tarikan tersendiri kerana bentuk dan dagu yang runcing.

Kemunculannya dalam drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ ini juga membuatkan dirinya semakin dikenali dan disebut-sebut.

Pun begitu, Siti Khadijah mengakui pada permulaan kerjayanya sebagai pelakon dia agak ‘kayu’. Oleh sebab itu, dia telah mengambil usaha untuk masuk beberapa kelas lakonan.

Memetik sumber, pelakon yang terkenal dengan watak Aish ini mengatakan pernah menyertai kelas lakonan yang dianjurkan oleh bintang filem wanita Fauziah Nawi dan Fatimah Abu Bakar. Bukan itu sahaja, dia sanggup menghabiskan duit hanya untuk memperbaiki dan menambah ilmu mengenai bidang tersebut.

“Saya memang ada masuk beberapa kelas berlakon untuk tambah ilmu selain nak improve lagi lakonan saya. Kelas lakonan itu memang inisiatif saya sendiri. Sebelum ini, saya ada masuk kelas Fauziah Nawi dan baru-baru ini saya sertai kelas berlakon Fatimah Abu Bakar. Bagi saya, ilmu itu mahal tapi demi nak belajar.”

“Ada juga pengarah cadangkan masuk beberapa kelas lakonan. Sejujurnya saya akui lakonan saya dahulu memang kayu sebab tak ada berguru dengan sesiapa tapi bila dah ada duit ini, lebih baik saya invest dengan pergi kelas lakonan,” katanya.

Sekadar info, Siti Khadijah dilahirkan di Kuala Lumpur dan mempunyai 4 orang adik-beradik. Dia juga merupakan lulusan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), kampus Lendu, Melaka.

Pelakon ini juga pernah dinobatkan sebagai juara Gadis Panca NR 2017 serta kerjayanya sebagai seorang lelakon pula dikendalikan oleh syarikat Aaida. Sejak daripada itu, pelakon ini telah membintangi beberapa buah drama dan telefilem.