Tidak dinafikan, penggunaan duit takpa tunai seringkali digunapakai oleh individu zaman kini kerana ianya lebih mudah malah mengurangkan risiko duit hilang, tercicir ataupun dicuri.
Bahkan, jika kita pergi ke restauran atau mana-mana kedai, pasti akan terpampang QR Code ataupun penerimaan kad kredit/debit untuk pembayaran.
Pun begitu, masih ada segelintir kedai yang tidak menggunakan kaedah tersebut dan hanya menerima tunai sahaja atas faktor-faktor tertentu.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan di Warung Roti Canai John / Mizan Corner, dia berkongsi cerita bagaimana dia terlupa untuk menyediakan duit tunai/cash dan mengalami kesulitan semasa sesi pembayaran kerana warung tersebut tidak menerima cashless mencuri perhatian ramai.
Tidak cukup dengan itu, dia juga terkejut dengan layanan yang diberikan oleh peniaga terbabit.
“Pagi tadi, pergi sarapan dekat warung roti canai. Layanan staf sangat baik. Makanan sampai serious cepat. Waktu nak bayar, aku terlupa yang aku tak ada cash. Dalam wallet cuma RM5. Harga dia RM10. Aku minta maaf dan tanya boleh transfer ke atau QR?”
“Nak tahu apa staf dia cakap? Dia cakap, ‘akak jangan risau. Ambil kertas ini, nanti akak boleh keluarkan duit dan bayar bila-bila. In case akak sibuk dan tiba-ttiba terlupa, saya halalkan, jangan risau’ itu dia cakap,” katanya

“Mereka baik, makanan sedap. Banyak tempat parking sebelah dia adan ada taman rekreasi sambil makan tennang menghadap. Rakyat Malaysia ni baik sangat sebenarnya,” ceritanya lanjut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak menyangka reaksi baik yang diberikan oleh peniaga tersebut.
Antara komen warga maya:
Pernah juga beli makan, tak perasan cash tak cukup. Nak transfer akak tu taknak. Dia pun dengan yakinnya, allah takpa esok la bayaq. Esok aku mai makan, suruh + skali hutang semalam, dia siap kata akak pun dah lupa dik. Manusia baik 😭
— Saya Jual Inai Celup 💅✨ (@wanaaairish) October 13, 2022
Aww, i plk tringt i bawak wallet tp debit card xde. Da order kfc then nk byr, gelabah cri kad. Ckp kat kaunter tkpe cancel lah, then staff dari dpur ttbe : jangan cancel, sy bayarkan. Nama dia khusairi, kfc pkns shah alam. mmber2 dia da bersorak rmai2🥹
— MEELOVA (@xnx_xhmxd) October 14, 2022
harap jangan ada orang ambil kesempatan kat kedai ni. susah nak jumpa peniaga macam ni. kalau aku sendiri pon 50/50 nak bagi ke tak hahahaha
— asyraf (@puteranurarif) October 14, 2022
Perkongsian yang tular:
Pagi tadi, pergi sarapan dekat warung roti canai. Layanan staf sangat baik, makanan sampai serious cepat. Waktu nak bayar, aku terlupa yang aku tak ada cash. Dalam wallet cuma RM5. Harga dia RM10. Aku minta maaf dan tanya boleh transfer ke atau QR
Nak tahu apa staf dia cakap? pic.twitter.com/IbzzjYgaje
— Anasofea | New Duty (@AnasofeaRidzwan) October 13, 2022