Tonton Trailer Rasmi ‘Captain Marvel’!

Trailer pertama rasmi untuk filem terbaru Marvel, Captain Marvel akhirnya telah dilancarkan. Trailer ini pertama kali ditayangkan di rancangan Good Morning America.

Selepas filem Avengers: Infinity War, terdapat banyak jangkaan untuk filem ini. Jika anda masih ingat semasa adegan kredit berakhir, kita dapat lihat Nick Fury menghantar mesej melalui pager sebelum dia menjadi debu.

Sebelum kejadian berakhir, kita dapat lihat imej terakhir di dalam skrin pager tersebut iaitu logo Captain Marvel. Ianya memberi mesej jelas dimana Captain Marvel akan memainkan peranan yang penting di dalam filem Avengers akan datang.

Filem Captain Marvel akan ditayangkan pada 8 Mac 2019.