Connect with us

Filem

PASKAL Catat Rekod Filem Tempatan Rating Paling Tinggi Di IMDb

Filem PASKAL The Movie mencipta rekod tersendiri apabila mendapat rating tertinggi di laman web Internet Movie Database (IMDB).

Laman web yang dimiliki Amazon.com itu adalah sebuah laman web yang menyediakan penerangan mengenai filem dari seluruh dunia, memberikan rating 8.8 daripada skor 10 untuk filem Paskal The Movie.

Filem Paskal The Movie yang diinspirasikan daripada kisah benar itu diarahkan oleh Ariad Teh yang meletakkan pelakon-pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal dan ramai lagi.

Filem PASKAL The Movie ini mula ditayangkan pada 27 September lepas dan menjadi antara filem tempatan yang mengutip kutipan tertinggi.

Mata yang diperoleh dari IMDb adalah 8.8 daripada 10 mata sekaligus menjadi yang tertinggi untuk tahun 2018 dan juga tertinggi dalam sejarah perfileman tanah air.

https://www.instagram.com/p/BpV8y3BBwsM/?taken-by=paskal_themovie

Sebelum ini, dua filem arahan Seniman lagenda tanah air, Tan Sri P. Ramlee iaitu Tiga Bdul dan Do Re Mi menjadi filem yang menerima penarafan tertinggi daripada IMDb iaitu 8.0 dan 8.1.

Adakah anda sudah menonton filem ini dan bersetuju dengan rating tinggi yang diberikan kepada Paskal The Movie?

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.