Tonton Perlawanan Bola Secara ‘Live’ Di Tv, Pemuda Terkejut Nampak Kekasih Curang Dengan Lelaki Lain Siap Beriba!

Sukan bola sepak adalah satu sukan yang sangat trending di serata dunia bahkan kita yang duduk melihatnya tidak kiralah di depan kaca tv mahupun di stadium, pasti dapat merasakan semangat yang sama.

Jika pernah melihat perlawanan bola di kaca TV, pasti ramai diantara kita yang perasaan bahawa juru kamera akan ‘zoom’ kepada gelagat dan telatah penyokog yang turut hadir di stadium bukan? Macam-macam ragam yang dapat kita lihat, ada yang teruja, ada yang fokus melihat perlawanan dan ada juga yang bersorak kegembiraan.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana ketika seorang lelaki bernama Fernand sedang menonton sebuah perlawanan bola sepak yang ditonton secara langsung di rumah mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, dia melihat kelibat teman wanitanya bersama-sama lelaki lain di stadium tersebut. Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memuat naik perkongsian di Facebook dengan gambar kekasihnya yang dilihat duduk di atas riba seorang lelaki.

Dia akui terkejut melihat perkara tersebut apatah lagi apabila jurukamera merakam aksi bermesraan kekasihnya itu bersama lelaki lain yang tidak dikenalinya.

Fernand bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada page di Facebook itu yang menayangkan perlawanan bola sepak tersebut secara langsung sekaligus berkongsikan paparan gambar terbabit di media sosial.

Ujarnya lagi, jika tidak ada siaran langsung tersebut, pasti dia tidak tahu kekasihnya itu sedang bermain kayu tiga dibelakangnya.

“Hasil dari tadi saya bisa mengetahui bahawa pacar saya sedang menonton persik bersama pria lain…” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan kata-kata semangat buat lelaki ini seklaigus mengatakan dia layak mendapatkan wanita yang jauh lebih baik daripada itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga berpesan kepada pemuda ini agar terus bersyukur kerana dijauhkan daripada orang sebegitu dengan lebih awal sebelum mendirikan rumah tangga.

Antara komen warga maya:

“selamat anda terselamatkan”

“walaupun pedih tapi kau beruntung broo”

“beritanya langsung dari tv ya”



Video yang tular:

@kacuxhermawan setinggi tingginya bango terbang pasti ujung ujungnya jadi kecap#persik ♬ Tak Ingin Usai – Keisya Levronka