Sedekah Senyap-Senyap Dekat Kanak-Kanak Jual Kerepek, Cara Shuib Raih Pujian Netizen

Sedekah merupakan amalan yang mulia bahkan ianya seharusnya dipatrikkan dalam diri setiap insan yang ada di muka bumi ini. Setidaknya, kita dapat meringankan beban mereka yang berada dalam kesusahan. Sedekah ini juga sebaiknya dilakukan dalam diam agar tidak menimbulkan fitnah atapun perasaan riak dalam diri.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelawak terkenal iaitu Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad menjadi perhatian ramai apabila dia dikatakan memberi sedikit sumbangan kepada seorang kanak-kanak yang menjual kerepek.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @malaysianupdatenews, kelihatan Shuib yang sedang menjamu selera di sebuah restoran sebelum dia didatangi oleh kanak-kanak yang menjual kerepek itu.

Bagaimana pun, shuib tiba-tiba mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan sejumlah wang kepada kanak-kanak tersebut secara bersembunyi.

Shuib juga dilihat sempat berbual dengan kanak-kanak tersebut selepas menghulurkan duit itu. Admin akaun tersebut sempat juga meletakkan kapsyen mungkin ianya salah satu asbab dirinya semakin berjaya kerana tidak lupa berseekah kepada orang yang memerlukan.


“terbaik shuib.. patut shuib kaya.. dia sentiasa bersedekah” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji kepribadian Shuib yang sememangnya memiliki sifat pemurah dan penyayang. Bukan itu sahaja, caranya yang menyampaikan sedekah secara bersembunyi itu juga turut membuatkan netizen kagum.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berharap agar diluar sana masih tersisah orang yang memiliki hati yang baik untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Antara komen warga maya:
“Dia dah cuba sedaya upaya untuk sembunyikan amalan sedekah tu…”

“Shuib memang suka bersedekah, masa dia jadi dj sinar fm dulu pagi-pagi dia selalu beli makanan kat semua pekerja dalam tu.”


“Tu punca rezeki dia murah, kuat kan kuasa sedekah ni…”

“Shuib pernah hidup susah, dia tahu apa itu erti susah.”

Video yang tular di laman TikTok:

@malaysianupdatenews Terbaik Shuib 👍👍 #malaysianupdate #videoviral ♬ Tiara – Raffa Affar