“Tolonglah kemas meja lepas makan” Gadis Kerja F&B Jelaskan Beza Service Tax dan Service Charge Pada Resit

Sebahagian daripada kita bila makan di restoran makanan segera, pasti beranggapan sisa makanan kita akan dibersihkan oleh pekerja di situ.

Iospital phone repair gombak

Namun pada hakikatnya tidak. Sebaliknya ia menggunakan konsep layan diri. Pun begitu, masih ramai yang tidak faham dengan perkara berkenaan.

Beberapa hari lepas, seorang pekerja F&B (food and beverage) telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap segelintir pelanggan.

Menurutnya, ramai di antara kita yang enggan membersihkan meja makan mahupun memulangkan semula dulang makanan ke tempat asalnya.

Hal tersebut kerana ramai yang berfikir kerja membersihkan meja bukanlah tugas mereka namun tanggungjawab pekerja.

Susulan itu, gadis yang dikenali sebagai @lellullizms di TikTok berasa terpanggil untuk menjelaskan maksud sebenar service tax dan service charge.

Kata gadis ini, rata-rata restoran fast food terkenal seperti McDonald’s dan KFC hanya mengenakan service tax sahaja dan pelanggan disarankan untuk kemas meja selepas habis makan.

Manakala restoran yang mengenakan service charge pada resit pula kebiasaaannya membayar pekerja-pekerja untuk membersihkan meja selepas pelanggan makan.

Bagaimanapun, gadis ini faham mungkin ramai yang masih tidak faham erti service tax dan charge dan berharap agar selepas ini orang ramai dapat menjadi seorang pelanggan yang lebih baik.

Setakat artikel ini ditulis, video ini telah meraih perhatian ramai sehingga mencecah jumlah tontonan sebanyak 446.6 ribu serta 27 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pekerja yang bekerja dalam bidang F&B  bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh gadis ini.

Malah nasihat mereka, jika sudah selesai makan, tak salah untuk kita bersihkan agar membantu memudahkan urusan orang lain.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh wargamaya di TikTok

“i akan ingat pesan ayah i je”kita mudahkan kerja orang,Allah akan mudahkan kerja kita” in syaa Allah..buat je..n i didik anak2 buat jgak”

“mak sy ajar reti makan reti kemas.tu je nk ckp😅”

“Talk louder for the people at the back…….pernah jumpa customer sengaja jatuh kan air time nampak sya membersih lobby haritu🙃🙃”


“Aq pernah kena maki tau psal servis charge. Die ckp xnak bayar ye,wahhhhh die carut2 aq aaa auto aq sekolahkn beza 2 benda ni. Common sense weih😌”

Video yang tular di laman TikTok

@lellullizms #stitch with @Tajudin Fitri ♬ original sound – Lulz