“Fully furnished dia punya laut ek” Sesat Masuk Rumah Banjir, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Anak Sotong Berenang

Buat sesetengah penduduk yang berada di negeri yang sering dilanda banjir, fenomena ini memang memenatkan selain terpaksa membersihkan rumah.

Iospital phone repair gombak

Bukan sahaja air bah yang masuk ke rumah, tetapi lumpur-lumpur yang turut mengotorkan sebahagian daripada harta benda mereka.

Pun begitu, lain pula ‘makhluk’ yang masuk bertandang ke rumah gadis ini ketika banjir, membuatkan ramai terhibur melihatnya!

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok @skyeess0, dilihat seekor sotong sedang gembira berenang-renang di atas lantai yang dipenuhi air.

Menurut gadis itu, rumahnya ditenggelami air setinggi paras buku lali. Namun langsung tidak sangka anak sotong itu boleh masuk.

Bukan setakat haiwan laut berkaki banyak, malah ikan kecil juga selamba masuk ke salah satu bilik yang ada di rumahnya.

Rupa-rupanya, rumah gadis itu berdekatan dengan laut, menyebabkan haiwan laut naik ke darat.

“Kenapa sotong boleh masuk rumah ? Ya rumah saya tepi laut, and time ni air pasang besar” jelas gadis itu.

Sejak video ini dimuat naik beberapa hari lalu, jumlah tontonannya telah berjaya mencecah sehingga 2.5 juta manakala meraih sebanyak 227.5 ribu likes!

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan turut tertanya-tanya bagaimana ‘maskot CIMB’ itu boleh tersesat masuk ke rumah orang.

Dalam pada itu, warganet sempat berseloroh sesama mereka sehingga ada yang mencadangkan sotong itu lebih baik dimasukkan ke dalam masakan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“elok2 jaga tu. nnti CIMB datang kutip maskot”

“letak dalam maggi pon sedap tu”

“ni biasa kat mukbang kenapa dekat lantai hm”


“yg ni masak takoyaki sedap”

“Betul² segar dari laut.”

“Fully furnished dia punya laut ek”

Video yang tular di laman TikTok

@skyeess0 atas nasihat orang kampung suruh post , jadi kita post lah dengar kata bole #fyp 🤣 #airpasangbesar ♬ kucing mampus – Kxcingg

@skyeess0 Replying to @Ikazzz ♬ original sound – skyess🪐

@skyeess0 Replying to @SOUL REMINDER ♬ Angin Kencang – Noh Salleh