“Hidayah itu milik Allah” Netizen Ucap Semoga Kekal Istiqamah Selepas Tular Kelibat Iqram Dinzly Berkumpul Dengan Ulama Dalam Majlis Agama

Siapa tak kenal dengan pelakon Iqram Dinzly atau lebih dikenali oleh golongan muda sebagai Prince Chiki Dinzly.

Iospital phone repair gombak

Terdahulu, Iqram sering memaparkan karakter yang aneh-aneh di TikTok sehingga mengundang kecaman netizen.

Pun begitu, semakin hari Iqram dilihat semakin baik. Malah, baru-baru ini tular satu rakaman memaparkan pelakon itu menghadiri majlis agama.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Ain Haura, dilihat pelakon lelaki berusia 41 tahun itu mengenakan jubah berona kuning air dan berserban hitam.

Dalam pada itu, dia turut dilayan seperti VVIP, bersekedudukan sebaris dengan para alim ulama, secara tidak langsung mencuri perhatian ramai.

Situasi ini bagaimanapun memberi kesedaran kepada umat Islam terutamanya di mana seseorang boleh berubah kerana hidayah milik Allah.

“Allah tidak memandang siapa dia yang dulu tetapi Allah memandang siapa dia yang sekarang dan pengakhirannya”, tulis pemilik video.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji dan kagum melihat perubahan Iqram yang dulunya lantang di TikTok, kini berusaha memperbaiki diri.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Lupa nak ingatkan, walaupun HIDAYAH ITU MILIK ALLAH, tetapi kite sebagai hambaNya haruslah usaha untuk mencari hidayah, seperti dlm sebuah hadits 👇🏻”

“ak x penah kecam die,walaupun pelik pelik rangai die😂slalu tgk live dlu,terhibur ak,sb ak thu,die pandai agama,ngaji pun pandai,salute ak”


“ustaz wadi annuar pernah kata, org yg p majlis ilmu yg cmni sbb Allah izinkan. sama mcm p tunai umrah @ haji. rezeki dia”

“Die org baik mungkin lebih baik dr kite2 ni n dr para yg mngecam die.. Semoga terus istiqomah iqram”

“😭😭😭😭hidayah itu milik Allah .. utk @Yang Mulia Iqram Dinzly teruskan perjuagan mu menegakkan Agama islam”

Video yang tular di laman TikTok

@ainhaura00 Semoga kita terus kuat dalam istiqomah dan direzekikan dengan kematian husnul khotimah dan di redhai Allah 😌 abang @Yang Mulia Iqram Dinzly maaf ye curi2 record video 🙏🏻 #fyp #quotesislamic🥀 #lantunanmahabbahrasulillah #darulehsanberselawat ♬ Allahum Antasalam – DJ Ginsul