Kaum hawa sememangnya pantang jika masuk ke dalam kedai barangan mampu milik seperti DIY, Daiso, Ninso dan yang paling ‘famous’ adalah kedai ECO.

Manakan tida, harganya yang lebih rendah berbanding kedai lain membuatkan orang perempuan seperti ‘masuk hantu’ sewaktu membeli belah.

Kalau boleh semua benda dia nak beli. Sebab tu sebagai orang lelaki terutamanya para suami tidak akan percaya jika isterinya ingin membeli satu barang sahaja di kedai ini.

Bukan apa, plan nak beli satu barang sahaja, sekali keluar daripada kedai penuh satu kereta! hehehe

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki mendakwa isterinya hilang semasa masuk ke kedai barangan serbaneka Eco untuk membeli tabung mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mattop_55, kelihatan dia sedang menunggu isterinya yang sedang membeli belah.

Apa yang membuat netizen berdekah adalah, dia mula meluahkan perasaan gusarnya kerana si isteri tidak keluar-keluar dari kedai ‘berhantu’ itu.

“Guys, bini aku hilang. Tadi dia cakap dia nak beli tabung je. Sampai sekarang tak keluar-keluar dah satu jam. Siapa culik bini aku pulang balik. Dia kuat bebel, korang tak tahan nanti. Pulang balik kat aku tolong la,” luahnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@mattop_55Tolong aku 😖😔😭😭 ##fypシ ##xyzbca ##esekeli ##fypdongggggggg

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 307.5K tontonan, 38.4K tanda suka, 2219 komen dan 1219 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan reaksi lelaki ini yang kehilangan isteri semasa masuk ke dalam kedai Eco bahkan ramai di antara warganet ‘can relate’ dengan situasi tersebut.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga berkongsikan pengalaman masing-masing sewaktu isteri mereka berkunjung ke kedai sebaneka itu.

Berikut merupakan komen-komen menarik daripada warga maya: