Cuak Bakal Mentua Ajar Makan Budu, Pemuda Ini Terus Sorok Jering Buat Netizen Terhibur

Malaysia terdiri daripada pelbagai negeri, bangsa, kaum dan agama yang membuatkan ianya berbeza dan unik. Oleh itu, mereka mempunyai adat dan cara yang tersendiri.

Sudah pasti, setiap negeri mempunyai makanan tradisonal mereka tersendiri contohnya nasi dagang daripada terengganu, masak lemak cili api dari negeri sembilan, nasi kerabu daripada kelantan dan banyak lagi.

Jadi bagi mereka yang mahu mendirikan rumah tangga, bukan sahaja perlu bercinta dengan ‘tuan badan’ namun perlu juga bercinta dengan adat, cara dan makanan tradisi mereka.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda diajar untuk mencuba makanan tradisi Kelantan mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @cikjenny, kelihatan teman lelakinya berkunjung ke berkunjung ke rumah saudara belah teman wanitanya.

Menjamu selera sambil bersila di atas lantai, ibu kepada Cik Jenny sempat mengajar bakal menantunya itu untuk makan jering dicicah bersama budu.

Bagaimana pun lelaki itu kelihatan sukar untuk menyuap makanan tersebut dek kerana tidak biasa menjamu selera secara ‘berulam’ tanpa lauk.

Apa yang lebih melucukan adalah lelaki yang lebih mesra disapa Irfan itu sempat menyorokkan jering berkenaan di dalam genggaman tangannya sebelum terpelanting keluar.

Ekoran itu, Cik Jenny berseloroh mengatakan Irfan merupakan menantu hantu kerana dia seolah-olah tidak sanggup menelan makanan tradisi daripada Pantai Timur itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@cikjennyIni ke yang dinamakan menantu hantu? 🤣@hkl.irfanz 🤣##jenfanztv

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.7M tontonan, 215.9K tanda suka, 2036 komen dan 1985 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat lelaki tersebut yang baru pertama kali ingin meras makan jering cicah budu.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh mengatakan jika tidak makan budu maka tidak boleh berkahwin dengan orang kelantan! hehehe

Berikut merupakan komen daripada warga maya: