Tiga Gadis Buat Persembahan Di Pentas, Rupanya ‘Pinjam’ Suara Orang Lain Di Belakang Tabir

Untuk menceburi dunia seni ini bukanlah satu yang mudah kerana perlu memilki bakat yang hebat apatah lagi jika ingin menjadi seorang penyanyi. Sudah pasti suara yang merdu dan keyakinan yang tinggi amat diperlukan.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video dimana terdapat tiga orang gadis yang menyanyi di atas pentas mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nellycarey, pada awalnya memaparkan tiga gadis tersebut menyanyikan lagu ‘Tak Ingin Usai’ yang kita tahu tidak semua orang mampu ‘membawa’ lagu tersebut kerana ianya memiliki ‘key’ yang agak tinggi.

Dapat kita lihat, ada juga krew penggambaran yang merakam persembahan di sebuah pentas kecil di dalam studio itu.

Namun siapa sangka, rupa-rupanya ketiga-tiga gadis cantik itu hanya ‘miming’ malah kelihatan seorang wanita sebenarnya menyanyikan lagu tersebut di sebalik tabir.


Hanya dia seorang sahaja yang menyanyikan lagu tersebut dengan sangat merdu dan apa yang menarik perhatian ramai adalah gayanya yabg bersahaja dan santai duduk di atas kerusi namun boleh menyanyi dengan ‘key’ tinggi! Memang sangat hebat!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terpukau dengan bakat yang ada pada wanita berbaju hitam ini. Manakan tidak, suaranya sangat sedap sehingga ada yang ‘meminjam’ suaranya.

“Nyanyi high note sambil duduk? Awesome!” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui suaranya lebih hebat daripada penyanyi asal yang menyanyikan lagu tersebut.

Antara komen warga maya:
“Macam filem Pounds Beauty”

“Berbakatnya awak. Sampai orang pinjam suara awak”


“Singer ini harusnya jadi penyanyi single saja sebab suaranya sangat bagus..”

“you are much better than the original artist”

Video yang tular:

@nellycarey Ditantangin live yaudaaaah syuting BTS kemarin #keisyalevronka #live #homebandtv #belakanglayar#fypdongggggggg ♬ original sound – Nellycarey