Cuba Belajar Makan Nasi Pakai Tangan, Telatah Mat Salleh Ini Buat Netizen Terhibur

Sememangnya dalam dunia ini terdapat pelbagai budaya yang boleh kita pelajari. Jika datang ke Malaysia, sudah pasti ramai diantara kita yang makan menggunakan tangan sahaja apatah lagi bila makan nasi kandar, memang sedap tak terkata!

Pun begitu, bagi mat salleh, mereka tidak biasa dengan budaya makan pakai tangan dek kerana mereka menggunakan sudu dan garfu.

Bagaimana pun, baru-baru ini kelihatan sekumpulan mat salleh di sebuah kedai makan mencuba makan menggunakan tangan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wanaja5, dapat kita lihat mereka begitu ‘kekok’ makan menggunakan tangan namun sedaya upaya menyuapkan nasi ke dalam mulut menggunakan tangan.

Bagi mereka, ianya merupakan satu perkara yang sukar kerana tidak biasa melakukan perkara tersebut namun oleh kerana ini mempelajari budaya lain, dia tetap makan menggunakan tangan.


Dapat kita lihat, seorang lagi rakannya cuba mengajarnya makan menggunakan tangan namun ‘ajaran’ yang diberikan oleh rakannya itu membuatkan dirinya semakin sukar untuk menyuapkan makanan itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat mereka yang tetap berusaha mencuba budaya lain walaupun mengalami kesukaran.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh meminta mat salleh itu untuk pergi mengambil sudu kerana takut kelaparan kerana terlalu lama untuk nasi tersebut masuk ke dalam mulut.

Antara komen netizen:

Video yang tular:
“Macam payah beno je tapi muncung tak menahan.”

“Tak yah lah angkat tinggi sangat, takut tersiku kawan sebelah tu.”


“Weh, comel semua. Tak sangka sesukar itu ya untuk mereka…”

“Pergi je lah ambik sudu. Risau lapar-lapar ni ada terbalik meja tu nanti.”

@wanaja5Bile mu dh pandai mkn ngn tngn & nk ajr mmber lain mkn ngn tngn lak 🤣🤣🤣♬ Funny – Gold-Tiger