“Tidak perlu ‘orang terdekat’ mencampuri urusan sy dan Fizo” Mawar Karim Muatnaik Gambar Terakhir di FMK

Umum pastinya tahu tentang perpisahan selebriti popular Fizo Omar dan Mawar Kareem sebelum ini.

Malah, ramai yang ingin tahu tentang status perniagaan perkongsian mereka iaitu Restoran Fizomawar Kitchen.

Menerusi laman Instagram, Mawar telah memuatnaik gambar terakhir dirinya bersama Fizo di FizoMawar Kitchen dan mengucapkan terima kasih buat pelanggan yang menyokong mereka selama ini.

Mari ikuti perkongsian Mawar.

Salam semua. Pertama sy ingin mengucapkan terima kasih yg tak terhingga khususnya buat pelanggan yg sentiasa supports FMK selama ini.

Hari ini adalah hari terakhir operasi FMK. Menjadi 1001 kenangan selepas ini. Ini hg gambar terakhir kami bertiga di FMK

Rata2 sy mendapat feedback memberi pendapat ‘rebranding’ restaurant ini. Sy dan Fizo mempunyai alasan yg sngt personal.

Terima kasih kalian yg sangat memahami situasi kami. Di sini jgk terlalu peribadi utk sy ceritakan berapa ‘modal / pelaburan yg telah sy dan Fizo keluarkan’, ‘keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung sy terima selama 4 tahun FMK.’

Mari kita doakan Semoga Fizo dapat terus kan usaha dalam F&B selepas ini, kerana minat beliau dlm bidang ini sangat mendalam.

Diharap kan sangat lepas ini tiada lg cerita dari mana2 pihak especially yg ada ‘kaitan’ antara sy atau Fizo mengeluarkan status /cerita di media sosial yg ‘konon tahu cerita ‘sekaligus akan menimbulkan ‘pelbagai tanggapan dari pihak ramai’.

Tidak perlu la ‘orang terdekat’ mencampuri urusan sy dan Fizo. Anda hanya melihat,mendengar tetapi sy dan Fizo shj yg tahu perkara /merasa perkara yg sebenar berlaku. Erti kata tidak perlu menuang minyak ke dlm api.

Walaupun kami berdua sudah tiada kaitan lg tapi masih ada amanah tanggungjawab membesar,memberi didikan kepada Maryam. Focus utama adalah Maryam. Maryam pengubat hati sy selama ini .

Terima kasih semua sentiasa mendoakan kebaikan. Semoga kita semua sentiasa, diberkati, dipelihara oleh-Nya.

#iniadalahsatu2nyagambarlastkamidifmkdiharapkanjanganpulakadaygtakbolehtidomalamtengokgambarniatausakithatiyatinggalkenangansematamata

#hashtagkaliniagakpanjangtaktaublhbacakatak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on