[VIDEO] “Arwah Achik kawan baik saya dan…” Luahan Naqiu Dapat Lagu Achik Spin

Sekitar dua tiga minggu ini kita dihidangkan dengan rancangan Gegar Vaganza yang dibintangi penyanyi yang pernah bersinar suatu ketika dahulu.

Kemunculan mereka juga dikatakan mengubat rindu peminat-peminat tanah air selain mengetengahkan kembali bakat-bakat mereka pada hari ini.

Antara penyanyi yang menyerlah dalam rancangan ini adalah Wan Naqiuddin Mohd Najib atau nama komersialnya, Naqiu Boboy.

Sepanjang beberapa minggu rancangan ini disiarkan, Naqiu antara salah satu penyanyi kegemaran ramai termasuk para jura rancangan tersebut.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Media Hiburan mengenai luahan hati Naqiu mengenai lagu dan penyanyi asal lagu tersebut.

Menerusi video tersebut, Naqiu memberikan reaksi terhadap lagu yang bakal dipersembahkannya dalam Gegar Vaganza 6 (GV6) minggu hadapan.

Tema pada minggu hadapan adalah duet yang mana beliau bakal digandingkan dengan juara GV musim kedua, Siti Nordiana untuk lagu Gurauan Berkasih.

Gurauan Berkasih merupakan single yang hits sekitar tahun 1999 itu merupakan antara lagu duet popular penyanyi wanita berkenaan bersama Allahyarham Achik Spin.

“Lagu nyanyian asal Siti Nordiana dan Achik Spin. Arwah Achik merupakan kawan baik dan arwah seorang yang suka bergurau dengan saya”.

“Lagu itu adalah sebuah lagu yang besar,” katanya kepada MH.

Beliau turut mengulas tidak mahu dibayangi penyanyi asal meski dirinya bakal berduet dengan Siti Nordiana menerusi lagu tersebut, ujar bintang berusia 33 tahun itu.

“Sama seperti sebelum ini, saya sampaikan lagu Meraung (nyanyian asal Newboyz), zaman saya”.

“Jadi, saya perlu nyanyi dengan cara tersendiri. Suara saya pun bukannya macam dulu lagi”.

“Satu cabaran, apatah lagi bila perlu berduet dengan Nana. Dia kini punya nama yang besar. Bekas juara GV lagi ,” jelas Naqiu.

Berdasarkan penilaian sepanjang rancangan ini berlangsung Naqiu menduduki kedudukan teratas di kalangan peserta lain menerusi saingan minggu ketiga.

 

View this post on Instagram

 

#LatePostMO Yeayyyyy melepasi minggu keempat. Alhamdulillah tak sangka boleh juga saya menyanyikan lagu ala2 kpop #123 ni. Hopefully korang terhiburlah dgn sikit transformasi saya. Jgn ada @naqiurious yg muntah pulak tgk saya menari. Kata tema aneh kan…😜 . Alhamdulillah, syukur atas segalanya. Terima kasih buat kesemua penyokong setia @naqiurious atas semangat korang. Istimewa buat keluarga pengurusan saya @mindorder yg bersama saya sejak awal, push & keep on fighting utk saya hingga berjaya ke minggu keempat. . Buat keluarga & sahabat handai yg sentiasa datang memberi sokongan. Buat teman media yg setiap minggu tanpa gagal memberikan liputan positif & of course kesemua juri serta produksi #GV6. . Naqiu terharu, happy tapi seriously nervous untuk minggu2 akan datang. Tapi korang doakan semuanya dipermudahkan utk saya ok! ❤️ . Lastly thanks so much kepada team digital yg memang superb @neonpixelofficial sebab tanpa gagal merakamkan semua momen saya termasuk gambar kandid saya yg comel mcm press conference malam tadi 🙏🏻✌🏻 . 📽 @neonpixelofficial 🏫 @mindorder 💖 @naqiurious . #MindOrder #MindOrderManagement #Naqiu #NaqiuBoboy #NaqiuxMindOrder #TeamNaqiu #BagilahChanceSikit #WillDoTheBest #NaqiuGV19 #GegarVaganza2019

A post shared by Naqiu (Boboy) (@thisisnaqiu) on

 Sementara itu, keputusan semalam yang sekali gus menyaksikan Ameer Sofazr sebagai peserta tersingkir pada minggu ini.

Tahniah kepada semua peserta yang masih bertanding dan semoga semua peserta berjaya menyampaikan lagu yang diberi dengan bagus setiap minggu.