Abby Abadi Kongsi Rezeki Sedekah 2 Peti Ais Untuk Ibu-Ibu Simpan Susu Di Hospital

Seperti yang diketahui umum, bayi pramatang Abby Abadi masih berada di bawah jagaan hospital ketika ini.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial Instagram miliknya, Abby Abadi berkongsi rezeki apabila bersedekah dua peti ais.

Peti ais untuk kegunaan ibu-ibu yang berada di hospital untuk menyimpan susu dan termasuk dirinya yang berulang-alik ke hospital ketika ini.

“Alhamdullillah Syukur, rezeki ALLAH dikongsi bersama. Minggu ni tak sempat nak belanja makan pada staffnurse & doc2 HSB yg rajin melayan kami & mnjaga baik anak kami NICU”.

“Jadi kami saya dan suami @jaiezzany & anak2  semua belanja 2 freezer untuk NICU ni bagi menampung susu badan ibu-ibu yang pam kan susu untuk baby mereka disini termasuklah saya “.

“Yakin dengan janji Allah, apa sahaja yang diniatkan kerana ALLAH, jangan teragak-agak. Bagi je dan yakin Allah akan ganti semula”.

View this post on Instagram

 

Alhamdullillah Syukur (25/10/19) ❤️ Rezeki ALLAH dikongsi bersama 😇 . Minggu ni tak sempat nk belanja makan pada staffnurse & doc2 HSB yg rajin melayan kami & mnjaga baik anak kami NICU … jadi kami Sy, suami @jaiezzany & anak2 @danishhakimofficial @marissadaniaaaa_ @m_danishaa @danish_edry @daiyandayana semua belanja 2 freezer utk NICU ni bagi menampung susu badan ibu2 yg pam kan susu utk baby2 mereka disini termasuklah Sy 🥰 . YAKIN DENGAN JANJI ALLAH Apa sahaja yg diniatkan kerana ALLAH, jangan teragak2. Bagi je.. yakin ALLAH akan ganti semula ☺️ . Yerrr.. itulah yg sedang kami sekeluarga usahakan kerana kami sangat yakin dgn janji ALLAH, apa yg kita sedekahkan sewaktu hidup di dunia.. itulah harta kita di akhirat “sana” . Bila kita mulakan amalan baik ini yang jarang dibuat org, kemudian diikuti pula oleh pihak lain akan mendapat pahala yang melimpah-ruah sebagaimana disebut dalam hadis bernombor 1893 Riwayat Muslim, “Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” . Hidup jangan berkira dgn ALLAH & hidup biar bermanfaat utk org lain. Semoga ALLAH redha… Aminnn ❤️ . Ps: Terus doakan Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami & anak2 pramatang yg lain di NICU agar terus kuat & bertahan sampai berjaya balik rumah masing2 & membesar menjadi Hamba ALLAH dan Umat Muhammad yg beriman, Aminnn ♥️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

“Hidup jangan berkira dengan Allah dan hidup biar bermanfaat untuk orang lain. Semoga Allah redha.

 

View this post on Instagram

 

❤️Deepavali Nal Thukal ❤️ Dari Saya, Suami @jaiezzany & Anak2 🥰 . Raikan awal dah di NICU, HSB haritu..: dgn hadiahkan sorang 2botol Rempeyek Viral AbbyJailicious cumanya tak dpt jumpa semua. Jadi wakilkan pada Aunty Guard & SN yg ada (gmbr Aunty Guard terlupa pulak nak ambil hihi) 🥰 . “Happy Deepavali” yer utk semua kenalan yg menyambutnya. Semoga dapat luangkan masa bersama yg tersayang dgn menikmati Rempeyek sedappp nakmateyyyyy kita ni ye hehe.. 😍 . Ps: Sedap bgtau kawan2 tau! Tak sedap bgtau kita hihi 🙊🥰😍 Dan Terus doakan kesihatan Baby Muhammad Danial Firman Faizal kita ye. Semoga sentiasa dalam pelukan & kasih sayang ALLAH… Amin ❤️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

 “Terus doakan Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami dan anak-anak pramatang yang lain di NICU agar terus kuat & bertahan sampai berjaya balik rumah masing-masing”.

Semoga dipermudahkan urusan Abby Abadi dan semoga baby Muhammad Danial Firman Faisal terus kuat dan diberikan kesihatan yang baik.