Seriau Tandas Terlalu ‘Transparent’, Lelaki Ini Gelisah Buang ‘Hajat’ Depan Orang Lalu Lalang

Bila sebut tentang ingin membuang ‘hajat’, pastinya kita menginginkan tandas yang selesa dan yang paling selesa tentunya di rumah sendiri bukan?

Namun bila berada di tempat awam, tentu kita harapkan tandas yang bersih, selesa dan yang paling penting tahap privasi yang tinggi.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan Youtuber Melayu Pattani, Dara Nayu yang terkejut melihat reakaan bentuk tandas yang kelihatan sangat ‘open’ sewaktu mengunjungi sebuah taman tema di Bangkok iaitu Dream World Bangkok.

Menerusi sebuah video, difahamkan mereka ingin membuang air kecil di tandas tersebut namun apa yang membuatkannya terkedu apabila kedudukan urinal bowl (tempat buang air kecil berdiri) betul-betul di hadapan cermin tingkap.

Atau erti kata lain, pengguna tandas boleh melihat apa berlaku di luar tandas melalui cermin tingkap tersebut.


Salah seorang daripada mereka bagaimana pun gelisah untuk menggunakan tandas tersebut kerana risau ianya dapat dilihat dari luar.

Cuba meyakinkan lelaki itu, rakannya bagaimana pun pergi ke bahagian luar tandas bagi memastikan pengunjung di luar betul-betul tidak nampak apa yang berlaku di dalam tandas tersebut.



Dapat kita lihat di luar cermin tersebut beberapa orang sedang berselfie dan juga gelagat kanak-kanak nakal yang lain.

Setelah dibelenggu rasa risau dan gelisah akhirnya lelaki tersebut membatalkan niatnya untuk membuang air kecil di tandas tersebut.

“Tak gamak nak kencing dekat sini..” ujarnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan rupa bentuk tandas tersebut dan akui turut risau dan rasa ragu-ragu menggunakannya.

Bukan itu sahaja, netizen juga berpendapat mereka tidak akan tenang untuk membuang air kecil jika memasuki tandas ‘open’ seperti itu dan lebih rela mencari tandas yang lain

Video yang tular di laman Facebook:

Sekadar info, Taman tema yang terkenal di Thailand ini memiliki keluasan kira-kira 25 hektar dan dibahagikan kepada beberapa zon seperti Dream World Plaza, Dream Gardens, Fantasy Land dan Adventure Land malah, menempatkan lebih daripada 40 permainan berserta kawasan tarikan keluarga.