Tiada Mata & Ditinggalkan Ibu Sejak Lahir, Senyuman Bayi Ini Buat Semua Terharu

Seorang bayi lelaki yang dari Rusia dikenali sebagai Sasha merupakan seorang bayi yang comel dan cukup istimewa.

Apa yang menarik adalah wajah sikecil ini tidak lekang dengan senyuman apabila dia mendapat pelukan dan ciuman.

Bayi ini lahir tanpa mata

Namun begitu, disebalik senyuman kecil itu tersimpan kisah hidup yang memilukan apabila bayi ini dilahir tanpa mata.

Menerusi laporan Mirror UK, bayi comel itu telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya dan kini menumpang kasih di rumah anak-anak yatim.

Dia bermain dan tersenyum seperti bayi yang sihat

Difahamkan, ibunya dikatakan tidak sedikit pun berusaha untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan oleh anaknya, memandangkan bayi itu perlu membesar dalam keadaan fizikal tidak normal.

Menurut jururawat yang menjaga Sasha berkata, meskipun tidak mempunyai mata bayi namun Sasha tiada beza dengan kanak-kanak normal lain. Dia bermain dan tersenyum seperti bayi yang sihat.

Dia suka bermain dan suka berenang

“Dia suka bermain dan suka berenang. Dia memang bayi yang sangat ceria.”

“Kanak-kanak lain yang dilahirkan dengan keadaan sama seperti Sasha iaitu sindrom anophthalmia SOX2 mempunyai masalah kesihatan yang serius”.

Saya satu daripada tiga bayi yang akan dilahirkan didunia tanpa biji mata

Doktor turut menjelaskan, Sasha adalah satu daripada hanya tiga bayi yang akan dilahirkan di dunia tanpa biji mata.

Malangnya, tiada harapan untuk bayi ini dapat melihat namun dia telah mempunyai bola mata kecil diimplan ke dalam soket matanya bagi memastikan muka kelihatan normal.

Sasha memerlukan pembedahan lanjut setiap enam bulan

Selain itu juga, Sasha akan memerlukan pembedahan lebih lanjut setiap enam bulan sepanjang pembesarannya untuk memastikan ukuran bola mata kecilnya.

Walaubagaimanapun, Sasha terus disayangi oleh insan-insan yang telah sudi menjaga dan memberi kasih sayang kepadanya.

Semoga Sasha membesar dengan baik dibawah jagaan mereka dan moga lebih ramai insan-insan yang prihatin akan terus menyayangi si kecil istimewa ini.