“Tiada hasad dengki” Kongsi Tapak Niaga, Wanita Bersyukur Dapat Jiran Baik Meskipun Berlainan Agama

Seringkali kita lihat di media sosial dimana ada peniaga yang bergaduh antara satu sama lain kerana hasad dengki dan tidak boleh melihat peniaga lain maju.
Iospital phone repair gombak
Malah ada juga yang berang jika ada peniaga yang berniaga berdekatan sehingga segelintir daripada mereka menggunakan ‘cara halus’ dan syirik bagi melihat peniaga lain ‘gulung tikar’!

Pun begitu, lain pula ceritanya kali ini dimana seorang peniaga berkongsi kisah tentang ‘jiran’ sebelah gerai yang baik hati mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @taugedil, wanita yang menjual di sekitar tepi jalan raya itu berkongsi tapak dengan beberapa orang peniaga.

Namun, ada seorang pakcik yang berniaga aneka kacang di sebelahnya sering membantunya.

Dapat kita lihat, wanita tersebut mengalami sedikit masalah ketika ingin membuka gerai dimana api di dapur tidak dapat dinyalakan kerana lighter tidak berfungsi.

Pakcik tersebut tanpa dipanggil datang dan sedaya upaya membantu wanita tersebut untuk menyalakan api.

Pada awalnya, dia cuba menghidupkan lighter tapi tidak berjaya sehingga dia pergi mencari lighter yang lain dan membantu wanita itu menyalakan api untuk tujuan menggoreng makanan


Terharu dengan sikap jirannya, wanita itu bersyukur kerana ditemukan dengan jiran niaga yang baik hati dan ringan tulang walaupun berlainan agama.

“bila niaga tepi jalan ni, benda paling aku tekankan dari hari pertama lagi, buat lah baik sesama jiran niaga. Kita sama-sama cari rezeki halal” ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen gembira melihat peniaga yang membantu dan support antara satu sama lain.

“Kami akan pastikan mula esok uncle akan sampai habis stock jajan uncle jual tu, kami nak beli ramai-ramai!”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar peniagaan wanita ini dan pakcik tersebut maju.

Antara komen warga maya:

“Seronok bila sesama peniaga tak ada hasad dengki..”

“Realiti kehidupan tak seperti yang atasan gembar gemburkan”


“Sepatutnya macam ni la meniaga… salute kat sis n uncle”


Video yang tular di laman TikTok:

@taugedel bila niaga tepi jalan ni, benda paling aku tekankan dari hari pertama lagi, buat lah baik sesama jiran niaga. Kita sama-sama cari rezeki halal. #taugedel #tauhubergedilviral #damansaradamai #sapotlokal #jomkita #teroqa #fypdongggggggg #fyp #fooddelivery #tauhubergedilsedap #foodviral #roadto2k #pejuang2k #peniagajalanan #peniagatepijalan #newbietiktok #roadto1kfollowers #pejuang1kfollower ♬ Satu Nama Tetap Di Hati – EYE