Objek Besar Seakan ‘Buih Sabun’ Dijumpai, Perkongsian Wanita Ini Raih Perhatian Ramai!

Terdapat pelbagai perkara misteri yang terjadi dan masih belum dirungkai sehingga kini. Ekoran itu, muncul pelbagai spekulasi dan teori dibuat oleh orang ramai berhubung dengan situasi tersebut.

Iospital phone repair gombak

Begitu juga dengan kisah yang berlaku baru-baru ini yang tular di laman TikTok, mengisahkan sebuah kejadian aneh yang berlaku di sebuah ladang kelapa sawit pada waktu pagi.

Berdasarkan video yang telah dimuat naik oleh akaun @ramlahidris72 itu, telah dikongsikan pengalamannya menjumpai objek putih yang besar dan kelihatan seperti buih sabun.

“Saya keluar waktu terjumpa benda ni atas kelapa sawit. Kelihatan seperti buih sabun.. Bila matahari muncul dia hilang,” tulisnya di dalam video berkenaan.

Namun begitu, ‘buih’ itu terus hilang apabila cuaca berubah menjadi lebih panas.

Apabila dilihat menerusi video itu, buih itu kelihatan sangat besar kerana saiznya hampir sebesar daun kelapa sawit tersebut.

Video fenomena yang ganjil itu telah mencuri perhatian orang ramai dan berjaya meraih sebanyak 1.5M tontonan, 71.3K tanda suka, dan 4548 komen di laman TikTok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa hairan dan tertanya-tanya akan apakah yang berlaku sebenarnya dan apakah ‘buih’ yang tersangkut di atas kelapa sawit tersebut.

Walau bagaimanapun, ada pihak memberikan penjelasan akan situasi yang berkemungkinan berlaku seperti di dalam video.

Tidak lupa juga seperti biasa ada sahaja individu yang terhibur dan berseloroh mengenai situasi berkenaan.

Antara komen netizen:

“Awan jatuh. Rare ni. Kalau dapat pgg, amek buat cincin”

“pokok sawit tngh gosok gigi kot”


“Rasanya ni bkn awan… Ni buih dr loji atau kilang… Sbb tmpt sy dulu pun pnh jd mcm ni… 😂”

“pokok tu overdose baja tu bang. bawak g klinik bang”

“kt loji air kumbahan iwk ada buih ni selalu..kalau angin tiup mcm kt kayangan tau..pergila ke loji selalu boleh buat content hebat😅”

“klu kt tempat sya, klu nmpk buih2 camnni sbb dari logi kumbahan😂dia terbang ditiup angin”

Video TikTok yang tular:

@ramlahidris72

♬ Bunyi hutan – White Noise A.T.M.O