Baru Nak Buat Video Acah Healing, Sekali Terjatuh Dalam Sungai Bikin Dekah!

Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menenangkan fikiran. Ada yang suka meluangkan masa dengan keluarga ataupun kawan-kawan untuk melupakan masalah dan ada juga yang lebih selesa bersendiri.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, pelbagai tempat menarik untuk ‘healing’ seperti pantai, lihat pemandangan dari atas bukit ataupun bangunan tinggi dan yang paling famous adalah di sungai. Manakan tidak, bunyi deruan air sungai sangat menenangkan fikiran.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda jatuh kerusi ketika sedang healing mengundang dekah ramai!

Menerusi video yang dimuat naik oleh @firdaus_fahrorrozi, kelihatan dia menyuruh rakan untuk merakam dirinya bersama kerusi healing.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah sebaik saja dia duduk, kerusi itu tidak stabil dan membuatkan dia tenggelam di dalam sungai.


Gelagatnya membuatkan ramai yang terhibur termasuklah tukang rakam dan kawan-kawannya yang lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan ketawa dan langsung tak sangka dia akan terbalik kebelakang.

“Sabar bang. Biasa la tu kadang-kadang kita di atas kadang tu kita di bawah” – Warganet

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mengatakan daripada hendak healing, terus ‘healang’ tenggelam di dalam air sungai.

Antara komen warga maya:

“Betul2 healing ni bang hahahah”

“Haha i faham nak shooting ni macam2 cabaran dik”


“Takut healing ke alam sebalik mata je”

“Maafkan saya tergelak tak cukupnafas dah rasanya”

“Healing sangat ni bang, saya nak gelak takut masuk melaka”

“Abang tak salah kerusi tu tak kukuh”

“Nak berenang ke nak duduk ni ermm”

“Akak tengah stress macam2 masalah.. nampak video ni terus akak gelak..”

“Smooth je jatuh, macamredha dah dengan kejatuhan tu”

“Siot nak jatuh pun senyum lagi hahaha.. kerusi tu ada luka tak”


Video yang tular di laman TikTok:

@firdaus_fahrurrozi healing ke tu #fyp #healing #huluyam #airterjun #kepalaair ♬ original sound – zzack🍁