“Tetamu tak muncul2” Tunggu Tetamu Datang Open House, Gadis Kecewa Akhirnya Tong Sampah ‘Makan’ Mi Rebus

Apabila menjelang syawal, pastinya ramai yang membuat rumah terbuka bagi berkumpul sesama sanak-saudara, rakan-rakan apatah lagi yang sudah lama tidak bersua muka. Sudah tentu sebagai tuan rumah kita akan menyediakan yang terbaik buat tetamu seperti ruang yang selesa dan makanan yang sedap.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah keluarga mengadakan majlis rumah terbuka pada Ahad lalu namun sepi tanpa kehadiran tetamu.

Memetik laporan mStar, Nur Syiratul Jihan, 22, akui sedih melihat situasi itu memandangkan keluarganya sudah menyediakan banyak juadah sempna majlis berkenaan.

“Majlis sepatutnya bermula pukul 1 tengah hari. Tapi sampai pukul 7 malam tiada seorang pun datang. Jemputan merupakan keluarga belah ayah.”

“Sempena majlis itu, ada yang mak masak dan ada juga yang ditempah. Mak masak nasi dengan lauk kari. Selain itu, mak ada tempah mi rebus, roti jala serta kuih-muih.”

“Saya balik kerja pukul 6 petang, saya ingat majlis dah selesai. Tapi saya tengok makanan tak terusik. Saya tanya mak, majlis tak mula ke? Mak kata tetamu tak sampai lagi,” ujarnya.

Lebih mesra disapa Syiratul, dia juga sempat berkongsi keadaan suasana di rumahnya yang sepi tanpa kunujungan tetamu bahkan dia tidak menyangka perkara yang sering berlaku di laman sosial itu berlaku pada dirinya.


“Dalam pukul 7, saya post video di TikTok. Sebab sebelum ni pernah tengok orang lain alami, tak sangka kali ni kami yang kena.”

“Saya terkejut video tu viral. Dalam 10 minit dah lebih 10,000 tontonan. Saya buat video sebab kesian mereka menunggu lama.”

“Mak dah bersiap, akhir sekali mak saya terbaring menunggu di sofa. Kalau dijemput, eloklah datang. Kalau tak boleh datang, boleh call atau WhatsApp.”

“Jadi tak adalah tuan rumah tertunggu-tunggu. Kita pun dah berusaha nak hidangkan makanan untuk tetamu,” ujar anak sulung daripada lima beradik itu.

Menurut Syiratul yang menetap di Subang Bestari, Shah Alam, beberapa individu akhirnya datang pada sebelah malam, namun banyak makanan tidak disentuh sehingga ada yang perlu dibuang.

“Ada yang kita call last minute, mereka datang. Kami sedia makanan untuk 30 orang, tapi yang datang tak sampai 10 orang. Ada pakcik, makcik, kawan saya dan kawan adik saya datang belah malam.”

“Kuih dan roti jala Alhamdulillah habis. Mi rebus memang buang. Tak tahulah macam mana tahun depan. Tapi tahun-tahun sebelum ni memang kami selalu buat rumah terbuka raya,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sedih melihat banyak makanan yang terpaksa dibuang dan dibazirkan oleh kerana tetamu yang tidak jadi datang.

Bukan itu sahaja, ramai juga dikalangan netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dimana telah menyediakan pelbagai aneka makanan namun akhirnya rumah sunyi sepi tanpa kunjungan tetamu.

Berikut merupakan komen warga maya:

“biasa juga jadi macam ni, tunggu tetamu tapi tak datang2”

“kesian nye.. sampai hati orang tu buat macam tu.. saya punpernah kena macam ni janji nak datang tup2 cancel”


“saya kalau orang ajak mesti pergi.. sebab rasa orang dah usaha banyak buat persediaan, jadi kena raikan”

Video yang tular di laman TikTok:

@prncessyiratDatang ke tak pun tak tahu la berapa jam dah tunggu, i mati mati igt dorg dah balik 🙁

♬ original sound – PandaGuy