Geram Tengok Pemandu Buang Sampah, Lelaki Kutip & Beri Semula Buat Netizen Puas Hati!

Amalan buang sampah merata ini bagaikan tidak dapat dibendung, buat lah kempen kesedaran alam sekitar macam mana sekalipun namun jika ianya tidak bermula daripada diri sendiri, maka ianya tidak kemana juga.

Perlu diingat, kelakuan seperti ini sebenarnya mencerminkan siapa diri kita. Di atas jalan raya pun boleh buang sampah merata apatah lagi di dalam rumah sendiri bukan?

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berang dengan sikap segelintir pengguna jalan raya yang membuang sampah merata-rata mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter @keemfoxible, difahamkan dia sedang berhenti di lampu isyarat merah namun tiba-tiba ternampak sebuah kereta yang berada di hadapannya ‘selamba’ membuang sampah di tengah jalan.

Geram dengan tindakan tidak bermoral itu, dia membunyikan hon beberapa kali namun tidak dihiraukan dan akhirnya bertindak untuk keluar dari kereta dan memberikan semula sampah tersebut kepada individu berkenaan.

“Member buka tingkap, buang sampah. Dah honk 2 3 kali tak jalan.” Ujarnya.

Bagaimana pun, individu itu sempat meminta maaf atas perbuatannya yang membuang sampah merata-rata

“Kita buka seatbelt, ketuk tingkap, Baru pandai cakap sorry. Dalam hati mak tapi tegur nada tegas je lah. Dah tua tapi pemalas simpan sampah sendiri” tambahnya lagi.

Meninjau reaksi warga maya, rata-rata netizen berang dengan sikap orang yang suka membuang sampah di merata tempat malah netizen juga menyokong tindakan lelaki ini yang berani menegur kesilapan individu berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, warga netizen juga menasihatkan agar budaya seperti ini tidak berterusan kerana ianya akan mencemarkan alam sekitar.

Antara reaksi netizen:

Video yang tular: