Teruja Lihat Gadis Bertemu Jodoh Dengan Abang Bomba Lepas Pengsan Ketika Accident, Netizen Pakat Nak Buat-buat Cedera

Menjelang hujung tahun, makin ramai pasangan berkasih sayang menjalankan majlis pertunangan dan majlis perkahwinan bersama pilihan hati masing-masing.

Iospital phone repair gombak

Setiap pasangan menyimpan pengalaman yang berbeza-beza ketika bertemu buat kali pertama. Ada yang kelakar, ada yang tersenyum bila teringat semula.

Persis kisah yang dikongsikan oleh gadis bernama Zati ini apabila dia bertemu jodoh dengan seorang abang bomba ketika dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Seperti yang kita tahu, pada bulan kemerdekaan lalu memang tular dengan anggota bomba sehinggakan menjadi trend di seluruh media sosial!

Menurut Zati, sebelum kemalangan, dia memandu sendirian untuk pulang ke rumah sambil ditemani rakan lelakinya itu menerusi video call.

Jelasnya, hubungan mereka ketika itu cuma kawan sahaja dan tujuan lelaki itu melakukan video call hanya untuk memastikan dia selamat sampai di rumah.

“Saya accident lepas balik dari jumpa family dia untuk pertama kali. Dia tahu saya accident dari video call sebab dia teman saya balik dari video call.”

Punca kemalangan adalah hujan lebat dan keadaan jalan yang gelap, menyebabkan Zati gagal mengelak sebuah kenderaan yang keluar dari simpang. Gara-gara panik mendengar jeritan gadis itu, lelaki bernama Muhammad Hakim tersebut bergegas ke lokasi kejadian.

Difahamkan, Hakim yang bekerja sebagai anggota bomba itu sempat menelefon balai bomba tempatnya bekerja dan meminta bantuan ambulans. Sebaik tiba di lokasi kejadian, dia kemudian masuk ke dalam kereta dan membantu membawa Zati keluar.

Menjengah ke ruangan komen, selain mengucapkan tahniah dan tumpang bahagia atas pertunangan mereka berdua, tak kurang juga netizen yang berseloroh seperti ingin dipatuk ular dan tersepit jari di ampaian supaya dapat berjodoh dengan abang bomba seperti gadis ini.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“wahh dah nk kawin laaaaaaaa,congratss sisssss🥰🥰”


“the real abang bomba selamatkan saya”

“kat mana boleh kena patuk ular eh”

“Ni yg tetibe nk buat2 tersepit jari kat ampaian nk panggil abg bomba hahaha”

“dia slmat kn nyawa skli hati dia slmatkn ek.. hihi tahniahhh korg bdua”

Video yang tular di laman TikTok

@nrzzati._ Ada yang ingat lagi tak kejadian ni? 🫢🥰❤️👨‍🚒 #abangbombailoveyou ♬ DJ Sipak Nando Nando Meyden x DedeOmat – dedeomat