Enggan Keluar Dari Rumah Sewa, Penyewa Penunggang Agama Cuba ‘Play Victim’ Siap Keluarkan Hadis Nabi

Sebagai penyewa rumah yang bertanggungjawab, sebelum mengambil keputusan untuk menyewa sesebuah rumah, kita sepatutnya mengambil kira dari segi kemampuan kewangan supaya tidaklah membebankan tuan rumah dari segi bayaran pada masa akan datang.

Iospital phone repair gombak

Selain itu, sering kali juga kita dengar berkenaan isu penyewa yang degil. Bukan itu sahaja, ada pula yang buat rumah sewa tu macam rumahnya sendiri! Terpaksalah tuan rumah melayan perangai yang aneh-aneh ini.

Seperti yang tular baru-baru ini, hantaran yang asalnya dibuat di Facebook milik Yusnizam Yusoff dimuat naik semula ke Twitter dan telah menaikkan darah ramai apabila seorang penyewa tidak komited membayar sewa rumah.

Tidak cukup dengan itu, individu itu turut bertindak ‘play victim‘ dengan pemilik rumah sehingga mengeluarkan hujah-hujah bersyariatkan agama Islam!

Menurut pemilik rumah itu, penyewa di rumahnya gagal membayar sewa selama tiga bulan. Oleh itu, penyewa diberikan notis awal kepada untuk keluar dari rumah tersebut tambahan pula dia ingin melakukan renovasi di rumah itu.

Tambahnya lagi, penyewa itu tidak membayar sewa RM900 sebulan selama tiga bulan berturut-turut dengan alasan tidak mempunyai wang selain cuba menegakkan benang yang basah dengan mengemukakan hujah agama.

Difahamkan, rumah yang disewakan itu adalah kondominium berharga RM900 sebulan. Dia juga memberitahu harga sewa itu juga adalah jauh lebih murah kerana kawasan itu kebanyakannya mengenakan sewa sebanyak RM1200.

Enggan memanjangkan masalah,  pemilik rumah itu akhirnya hanya memintanya untuk keluar sahaja dari kondominium tersebut tanpa membayar hutang tunggakan.

Bagaimanapun, dia masih tidak mahu keluar dari rumah tersebut kerana katanya tindakan pemilik rumah itu akan menyusahkan dia.

Di ruangan komen, rata-rata bengang dengan cara penyewa yang cuba melibatkan agama dalam masalah yang berpunca daripada diri sendiri. Malah, netizen turut menggelarkan individu berkenaan sebagai penunggang agama.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Ciapan yang tular di laman Twitter