“Aku penatla orang tak nampak kewujudan aku” Kakak Tiba-tiba ‘Ghaib’ Dari Pandangan Adik Buat Netizen Berdekah

Ambil adik dari sekolah boleh dikatakan sudah menjadi rutin harian untuk kakak-kakak atau abang-abang yang mempunyai adik-adik kecil yang masih bersekolah.

Iospital phone repair gombak

Yang tak best bila kakak atau abang yang ambil, adik-adik selalunya kena ‘sidai’. Tapi ada juga sebenarnya mereka ini sudah sampai awal. Tapi adik-adik je yang tak perasan.

Persis seperti kisah yang dikongsikan oleh gadis bernama Bella Kaylee apabila ketibaannya di sekolah adiknya untuk menjemput adiknya bertukar menjadi lucu!

Menerusi video berdurasi 21 saat tersebut, Bella berdiri betul-betul di hadapan adik lelakinya yang pelan-pelan menaiki tangga bersama rakan-rakannya yang lain.

Pun begitu, keadaan bertambah kelakar apabila adiknya, Ami langsung tidak perasan kewujudannya di situ! Malah, adiknya sempat melilau dan mencari-cari kakaknya walaupun gadis itu betul-betul bersebelahan dengannya.

Bella yang geli hati melihat gelagat adiknya itu ketawa besar. Selepas mendengar ketawa Bella, baru Ami perasan. Riak wajah adiknya turut bertukar malu setelah menyedari dirinya dirakam dari tadi.

Sejak video berkenaan dimuat naik beberapa hari lalu di TikTok, ia berjaya mengumpul jumlah tontonan sehingga 4.8 juta serta menerima 769.8 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur dengan gelagat adik Bella yang langsung tidak nampak kehadiran kakaknya. Malah, menurut mereka, mujur Bella ketawa, kalau tak memang sampai sudahlah Ami menunggu kakaknya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“SAMA LAH MASALAH MASA SKOLAH, BUTA AQ KLAU BYNK ORNG TU MASALAH MATA KU”

“Takpe dik, lepasni abang ambik adik balik sekolah”

“Akak dia terpaling ghaib 😭😭😭😭😭😭”

“mmg betul2 dh dkt still tk nmpk 😂😂😂😂😂”

“dengar gelak baru pandang ek 😂😂😂”

Video yang tular di laman TikTok

@bellaakayleeaku penatla orang tak nampak kewujudan aku 😌♬ original sound – bella kaylee