“Terubat rindu..” Pemain Sepak Takraw Mirip Arwah Abang, Suasana Sayu Saat Video Call

Kehilangan anak yang tersayang bukanlah satu perkara yang mudah bahkan ianya suatu kenyataan yang pahit untuk ditelan.

Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak-anak mereka pergi dahulu menghadap Ilahi sebelum mereka. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan dan rintihan mereka yang merindukan seseorang yang tak akan mungkin kembali.

Situasinya sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini di laman TikTok, seorang gadis dikenali sebagai Norizh telah berkongsi kisahnya yang terjumpa seorang bekas tekong sepak takraw kebangsaan di televisyen dan dikhabarkan atlet itu mempunyai wajah yang mirip dengan arwah abangnya, Muhammad Idiaz Zaidi.

Usaha Norizh untuk mempertemukan bekas tekong sepak takraw itu atau nama sebenarnya Mohammad Syahir, menemukan hasil apabila Syahir bersetuju untuk membuat panggilan video bersama keluarga gadis tersebut pada petang Jumaat yang lalu.

Dia juga mengaku sebelum ini Syahir tidak perasan dengan mesej-mesej yang dihantarnya di Instagram, namun setelah video yang dimuatnaiknya tentang persamaan antara arwah abangnya dan Syahir menjadi tular, ia telah mencuri perhatian ramai wargamaya secara tak langsung turut menarik perhatian Syahir.

Video yang tular di laman TikTok:

@awishhhhhhhhhhh Bismillah, kalau ada rezeki syahir rosdi notice ni, nk bawak mama jumpa dia #fypシ #xyzbca #foryou #fyp ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Syahir yang prihatin tentang kisah gadis itu, dia pun bercadang untuk meluangkan sedikit masanya untuk berbual-bual dengan ahli keluarga Norizh.

Noriz berkata mereka berbual selama hampir 40 minit di panggilan video Whatsapp dan sesi IG Live. Kedua-dua sesi itu turut disertai oleh seluruh ahli keluarganya.

@awishhhhhhhhhhh Reply to @cik_eiryaniee I cry a lot, terimakasih semua🤍🤍 terimakasih abg @syahirosdi23 sudi luangkan masa dgn family saya. #foryou #xyzbca ♬ Hanya Rindu – Andmesh

“Semua yang ada terkedu apabila pertama kali dengar suara Abang Syahir. Iyalah, rindu sangat selepas dah tujuh tahun tak jumpa arwah abang. Suara mereka seakan sama tapi Abang Syahir ada loghat utara sebab dia berasal dari sana.

“Bukan saja ibu, tapi makcik saya yang rapat dengan arwah abang pun sebak dan menangis bila dengar suara Abang Syahir. Boleh kata 15 minit pertama, penuh dengan esak tangis.”


“Menangis sebab rindu dan terharu. Ibu banyak bercerita pasal arwah, kenalkan adik-adik saya kepada bang Syahir. Ibu suruh Abang Syahir panggilnya dengan panggilan Mama Ida, tapi dia tanya, ‘nak panggil mama boleh?’. Lagilah ibu terharu.”

“Ayah saya pun dia minta nak panggil ‘ayah’. Abang Syahir kata bila tengok ayah, dia teringat kepada arwah bapanya yang sudah meninggal dunia,” kata Norizh yang berusia 24 tahun.

“Alhamdulillah terimakasih awak, ni part ayh saya pulak. ayh tk bnyk berbual. tpi maa paling bahagia nmpknya”

@awishhhhhhhhhhh Reply to @chelinnnnn_ Alhamdulillah terimakasih awak, ni part ayh saya pulak. ayh tk bnyk berbual. tpi maa paling bahagia nmpknya #foryou ♬ original sound – M I N 💎

Muhammad Idiaz Zaidi dikatakan kembali menghadap pencipta ketika dia berumur 18 tahun akibat terlibat dengan kemalangan jalanraya ketika Norizh sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM.

Sebab itulah ibu bapanya sedikit susah menerima kenyataan tentang pemergiaan abangnya itu kerana abangnya ‘pergi’ pada usia yang sangat muda.

Norizh yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini juga berkata, semasa mereka mengadakan sesi IG Live, pengikut dan rakan-rakan karib abangnya juga turut sertai sesi tersebut.

“Ada kawan-kawan arwah turut cakap terima kasih kepada Abang Syahir sebab gembirakan ibu kami Abang Syahir pun tak sangka orang yang kami rindu, sama macam wajahnya. Dia kata kalau ibu rindu dan nak berbual, call saja bila-bila masa.”

“Alhamdulillah, lepas juga hajat nak buat ibu gembira. Selepas letak panggilan tu, ibu kata happy sangat sebab dapat bercakap dengan Abang Syahir.”

“Manager Abang Syahir kata dia akan aturkan satu pertemuan pula nanti, InsyaAllah. Tapi tak tahu bila lagi. Dapat buat videocall ni pun dah seronok.”

“Terima kasih Abang Syahir sebab luangkan masa hubungi keluarga kami’,” ulasnya.