“Melawan hukum gelongsor” Budak Selamba Berjalan Turun Slide Waterpark Jadi Perhatian Netizen

Umum mengetahui, negara kita baru sahaja mengumumkan kebenaran aktiviti perlancongan dan merentas daerah. Hal ini sangat membuatkan orang ramai menarik lafas lega kerana tidak perlu ‘berkurung’ lagi.

Ramai yang sudah mula plan untuk balik ke kampung bagi mengunjung kedua ibu bapa, ada juga yang menziarahi pusara dan ada juga yang menggunakan kesempatan yang diberi untuk pergi bercuti bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan.

Tidak hairan lah jalan raya semakin sesak dan tempat perlancongan semakin padat dengan pelancong apatah lagi di taman tema air kerana ianya merupakan tempat tumpuan orang ramai yang suka bermandi manda dan bermain permaianan air yang ada disana

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana memaparkan telatah seorang kanak-kanak bermain gelongsor di taman tema air telah mencuri perhatian ramai.

“kita yg mak² ni da rasa bangga la dia naik slide tggi ni berani betol, skali dia jalan 😌ah gisauu.. gisauu..” kata pengguna TikTok ini diruangan kapsyen.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang anak kecil selamba turun slide waterpark dengan hanya berjalan. Bukan biasa-biasa skill adik ni!

Video yang tular di laman TikTok:

@dakseha kita yg mak² ni da rasa bangga la dia naik slide tggi ni berani betol, skali dia jalan 😌ah gisauu.. gisauu.. #gunungledangwaterfall #asahan ♬ It’s My Life – Sandaru Sathsara

“Kecik-kecik dah ada pengikut”

@dakseha Reply to @danialirham0 ♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 196.2K tontonan, 24.1K tanda suka, 434 komen dan 571 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anak kecil ini yang spontan berjalan kaki turun daripada gelongsor air tersebut. Memang on another level betul!

Berikut merupakan komen-komen daripada warga maya:

“Melawan hukum gelongsor”

“Adik melanggar hukum childhood”


“it’s my life, i’m living it my way”

“Steady je dia jalan”

“Betul-betul berfikir luar kotak la dik”

Memang ‘humble’ cara dia jalan tu siap ajak pengikut ‘join sekaki’ turun gelongsor jalan kaki! hehehe