Terpaksa Tolak Motosikal Gara2 Pancit, PakMan Bantu Penunggang Tarik Perhatian Warganet

Di jalan raya, kadang kala boleh kita lihat ada kereta mahupun motor tersadai di tepi jalan dek enjin rosak, tayar pancit dan sebagainya.

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, ada juga yang sampai menolak kenderaan mereka itu walaupun jauh lagi ke destinasi yang ingin dituju.

Menerusi video TikTok yang tular, kelihatan seorang penunggang motosikal sedang menolak motosikalnya sambil diperhatikan oleh pemuat naik video tersebut @30pakman90.

Difahamkan, penunggang motosikal itu sebenarnya dari Kajang ke Teluk Panglima Garang di lebuh raya SKVE untuk menghadiri temuduga sebagai seorang ‘pomen’.

Akan tetapi, nasibnya tidak begitu baik kerana ditimpa ujian tayar motosikalnya pancit sehinggakan dia terpaksa menolak jauh motosikal sepanjang lebuh raya itu.

Pakman segera turun dari lori yang dinaikinya itu dan terus membantu penunggang motosikal berkenaan.

“Hari ini jumpa lelaki India ini dekat lebuh raya SKVE dari kajang nak pergi Telok Panglima Garang nak pergi cari kerja. Kawan dia panggil suruh datang interview kerja foreman. Tiba-tiba dia diuji motor bermasalah, tayar pancit dengan keadaan duit pun tak banyak rasanya la.

“Saya nak tolong repair tayar dia, dia asyik tanya pasal harga cas repair berapa. Jangan risau kawan semua. Free je saya tolong,” jelasnya.

Berdasarkan perkongsian yang telah dibuat, video tersebut telah menerima sebanyak 74.4k tontonan, 74.4k suka, 8160 komen dan 28082 perkongsian.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen memuji dan memberikan sokongan terhadap Pak Man yang terus turun dari lori dan bantu lelaki tersebut membaiki tayar motornya.

Bukan itu sahaja, sampaikan ada restoran kedai makanan di salah satu R&R lebuh raya itu telahpun menjemput Pakman untuk makan di kedainya sepuas hati sebagai tanda ucapan terima kasih.

Antara komen netizen:

“Pergi depan sikit bossku.. Rnr tu ade kedai sy.. Mknlh kenyang2 kt kedai sy.. Sama2dapat pahala bossku”


“In syaa Allah.. akan ada rezki 1 ari nti.. smoga dpermudahkn sgala urusan & dilimpahi sgla rezki..”

“Bro… aku doakan hg dapat anak yg soleh dan solehah…aminnn”

Video yang tular:

@30pakman90 semoga sahabat semua dimurahkan rezeki selalu #fyp #viral #fypシ #fypage ♬ Nan Ko Paham – Kkz D BLG