Dapat Tawaran Program Travelogue Di Luar Negara, Chef Wan Akui Berat Hati & Lebih Pentingkan Kesihatan Ibu

Siapa tidak kenal dengan seorang chef selebriti, pelakon dan pengacara iaitu Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail ni yang bukan sahaja hebat dalam masakan malah kini mempunyai restoren sendiri.
Iospital phone repair gombak
Terbaru, Chef Wan telah mendedahkan bahawa dirinya menerima tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program television berkaitan kulinari dan travelogue.

Difahamkan, tawaran tersebut diberikan susulan ramai yang muka rindu untuk melihat kemunculannya di televisyen.

Bagaimanapun, program yang ditawarkan itu memerlukan komitmen yang tinggi dan waktu yang agak panjang bagi proses penggambaran.

“Direktor Astro Prima mahukan saya mengacarakan progam 22 episod dan disiarkan pada bulan Ramadan. Mereka memerlukan waktu saya selama enam minggu. Januari hingga Febuari menjelajah dalam satu negeri sahaja.”

“Pihak penaja mahukan saya juga sebab dah hampir tiga tahun saya tidak menjadi hos untuk program raya. Beberapa hari kemudian, datang pula satu lagi tawaran.”

“Mereka mahukan saya muncul di sebuah program komedi travelogue di Jepun. Mereka perlukan dua minggu waktu saya untuk lapan episod. Ketika itu saya tidak berikan sebarang jawapan sebab saya masih perlu menyemak jadual,” tulisnya.

Chef Wan akui dia agak berat hati untuk menerima tawaran tersebut apatah lagi bila mengetahui tentang penyakit kanser ibunya yang semakin melarat.

“Saya asyik berfikir macam mana nak menjelajah ke tengah-tengah Asia untuk merakamkan program ini sekurang-kurannya tiga hingga empat minggu?”

“Dua hari lepas, saya baru diberitahu yang penyakit kanser ibu saya sudah semakin merebak. Saya terpaksa mambuat keputusan untuk tidak menerima tawaran-tawaran di atas.”


“Program jelajah ke Asia itu saya perlu tunda ke bulan May. Saya tidak boleh berikan komitmen pada program tersebut. Ibu saya akan sakit dan memerlukan rawatan yang serius. Saya perlu ada disampingnya,” kongsinya lagi.

“Bayangkan kalau saya ke luar negara dan ibu saya jatuh sakit, macam manalah saya boleh senang hati nak bekerja kan? Jika dekat macam sejam dua penerbangan, boleh la balik.

“Jadi, saya fikir, keputusan yang terbaik adalah untuk tidak mengacarakan program tersebut demi menjaga ibu saya. Saya juga minta pihak Astro untuk menangguhkan siri jelajah saya ke bulan May atau Jun.

“Mereka bersetuju. Alhamdulillah. Ibu kita ni lah satu-satunya. Duit bila-bila boleh cari jika rajin dan berkemampuan tetapi masa berharga saya dengan ibu, tidak boleh dibeli lagi,” akhirinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mendoakan agar urusan Chef Wan dipermudahkan dan ibunya kembali pulih dan bebas penyakit kanser.

Antara komen warga maya:

“Chef Wan you memang anak mithali.. keputusan yang bijak”

“Semoga dipermudahkan semua urusan Dato’ Chef Wan dan semoga ibunda tersayang diberi kesembuhan dan sihat ceria selalu”


“Bagus Chef.. mak prioritu dulu.. kerja boleh tunggu..”


Perkongsian yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)