“Siapa yang salah” Peniaga Kecewa Rider Campak Bungkusan Makanan, Lelaki Akui Tak Kisah Buat Semula Asalkan Beradab

Isu penghantar makanan dengan peniaga ini sekaan tiada penghujungnya. Manakan tidak, ada sahaja cerita yang kurang sedap di dengar saban hari.
Iospital phone repair gombak
Terdahulu, tular sebuah video dimana seorang peniaga tunjuk jari tengah dan membaling botol sos ke arah rider hanya kerana berang ditanya tentang order sama ada sudah siap untuk dihantar ataupun tidak.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga meluahkan rasa kesal apabila seorang rider bertindak biadap mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @faizul.azli seorang rider telah datang memarahinya kerana bungkusan makanan yang disiapkan tidak kemas mengakibatkan makanan itu tumpah.

“Hari ini ada tragedi sikitlah. Tiba-tiba ada seorang rider tu, selepas dia pergi hantar, kita ingat dah okay dah, dia datang balik, dia campak makanan tu padahal kita dah buat elok dah bagii dekat dia.”


“Bila kita tengok balik dalam bungkusan tu, memang tumpah lah. Dekat situ salah siapa sebenarnya? Salah kita yang buat makanan tu ke atau salah yang rider tu yang bawa makanan?”, soalnya dalam kisah kesal rider datang marah berkenaan.

Peniaga itu juga memaklumkan perkara tersebut sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara yang baik dan bukanlah dengan emosi.

“Datang balik dengan kitalah. Kita pun tak kisahlah kan yang penting makanan sampai dekat customer tu dalam keadaan baik. Boleh buat balik, tak kisah. Tapi cara tegur kita tu.”

“Bukannya kita kedekut sangat taknak bagi. Bukan kita miinta duit dia untuk ganti, tapi cakap je elok-elok, buat balik. Kita buat balik, takda hal la. Masalahnya adab tu dekat mana.”

“Saya anggap dia emosi tak terkawallah kot masa tu. Tak apa lah, dia ada masalah peribadi ke, masalah dekat tempat lain ke. Mungkin dia luah dekat sini, tak apa lah kita terima,” luahnya lagi menutupi kisah kesal rider datang marah berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizne kagum dengan tahap kesabaran peniaga yang bijak dalam mengawal keadaan.

Bukan itu sahaja, netizen juga berang dengan sikap rider yang langsung tidak beradabdengan mencampakkan rezeki tersebut.

Antara komen warga maya:

“Tenang bang, dia dah emosi, abang jangan ikut emosi, kalau salah, abang betulkan, improve.”

“Betul tu adab tu kena jag, masalah boleh selesai, terbaik lah bang”


“Fuh terbaik, ujian untuk abang tu sebenarnya, santai bang eh.. semoga terus maju”

“Betul tu.. yang penting budi bahasa kena ada.. cakap elok2 je bukan susah kan”


Video yang tular di laman TikTok:

@faizul.azli Tak kisahlah sape salah.. cara tu kena betul kan.. #faizulazli #mrtakokajangutama #takoyaki ♬ bunyi asal – Nyap tahuk