Terpaksa Guna Galah Kejut Anak ‘Tidur Mati’, Gelagat Mamai Budak Ini Tenung Pintu Buat Netizen Terhibur

Ada diantara kita yang terus tak sedarkan diri apabila ‘dapat bantal’. Memang tidur nyenyak dan sukar untuk dikejutkan. Bahkan dia boleh terus lena tidur walaupun dalam suasana yang bising.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana anak wanita ini mengunci pintu bilik dan ‘tidur mati’ sewaktu ibunya pulang ke rumah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @zierarizqi, difahamkan dia pergi ke dobi untuk mencuci pakaian. Namun apabila dia pulang dia melihat anaknya mengunci pintu bilik.

Oleh kerana dia masih tidak bangun setelah berulang kali menghubungi dan mengetuk pintu, ayahnya bertindak menggunakan galah untuk memanggil anaknya.

Bukan itu sahaja, ayahnya juga turut mencuba membuka kunci menggunakan galah tersebut.

“Mama gi dobi, boleh pula dia kunci pintu bilik lock yang atas tu.. kalau lock tombol pintu boleh la mama buka.. ada kunci..”

“Mama ketuk pintu tak bangun2, call banyak kali tapi dia tetap tak sedar.. last2 ayah buka cermin tingkap dan amik galah untuk kejutkan kakak..” ujar wanita ini

Setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya anaknya itu bangun namun apa yang melucukan adalah anaknya masih mamai dengan apa yang berlaku dan menenung ke arah pintu tanpa berbuat apa-apa.

Video yang tular di laman TikTok:

@zierarizqiKakak ooohh kakak.. 😅

♬ Cartoon sound that causes funny laughter(877048) – tomotam

@zierarizqi🤣

♬ Cartoon sound that causes funny laughter(877048) – tomotam

@zierarizqi Reply to @zalieyaatlah ♬ original sound – Zierarizqi❤️

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat budak tersebut yang tidur mati dan masih mamai ketika dikejutkan.

Bukan itu sahaja, bahkan ramai diantara netizen berkongsikan pengalaman masing-masing berdepan dengan orang yang sukar untuk dikejutkan apabila tidur.

Berikut merupakan komen warga maya:

“hahaha macam adik aku dulu habis selipar aku baling dia tak bangun”

“pernah macam ni… tertidur lepastu ada rasa macam kena tolak tolak ingatkan mimpi ke apa rupanya kena macam ni..”

“mak aku simbah air paip terus dari tingkap..”