“Suspek cakap ada benda di belakang” Sekali Mangsa ke Belakang Kereta Terus Kena Ragut

Malang tidak berbau, itulah yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian yang membuatkan kita lebih berhati-hati walau dimana jua kita berada.

Dahulu, jika orang nak meragut pastinya mereka akan lakukan di tempat yang sunyi namun pada zaman kini, di khalayak ramai pun mereka berani melakukan perkara terkutuk itu.

Sama juga dengan kisah yang tukar baru-baru ini dimana seorang lelaki diragut di sebuah stesen minyak yang tidak diketahui lokasinya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat lelaki tersebut ingin masuk ke dalam kereta setelah selesai urusan di stesen minyak.

Pun begitu, datang sebuah motor menegurnya dan memintanya untuk lihat di bahagian belakang kereta seolah-olah ada yang tidak kena pada keretanya. Lelaki tersebut yang percaya keluar dari kereta dan pergi ke bahagian belakang untuk melihat perkara itu.

Namun siapa sangka, ianya hanya ‘trick’ semata-mata dan dengan pantas suspek meragut rantai emas yang dipakai oleh lelaki itu.

Mangsa yang masih terpinga dengan apa yang berlaku bagaikan ‘hilang kata’ kerana ianya berlaku dengan sangat pantas.

“Suspek cakap ada sesuatu di belakang kereta. Mangsa pun percaya dan pergi ke belakang untuk lihat. Sekali kena samun rantai emas macam tu je.” ujarnya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@yoy.my Hati2 di stesen minyak gais. Kes semalam 28/04/22. #beritatiktok #YOYnews ♬ Mysterious – Andreas Scherren

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan nasib lelaki itu malah warganet juga berharap ianya bukanlah emas yang betul.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berang dengan sikap segelintir individu yang memilih untuk mengambil hak orang lain demi kepentingan hidup mereka.

Berikut merupakan komen warga maya:

“depan2 orang ramai”

“dua benda aku tak caya dengan orang, orang yang datang tanya jalan, ke dua orang yang macam ni.. senangnya bagi anak bini makan..”

“ya Allah takutnya sekarang tempat ramai orang pun ada kes eh..”


“hal2macam ni la sebabkan orang yang beul2 niat tolong disalah ertikan.. ”