“Terluka telinga kami” Nyanyian Peluang Kedua Nabila Razali ‘Terkucil’ Masa Live Tarik Perhatian Netizen

Nur Nabila binti Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Nabila Razali merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang semakin meningkat naik di Malaysia.

Bekas bintang Akademi Fantasia ini yang popular dengan lagu pematah hati kemudiannya mengeluarkan single terbaru peluang kedua.

Peluang kedua di Meletop Mega Raya Ria

Namun begitu, nyanyian Nabila Razali mendapat reaksi dari netizen. Apatah lagi persembahannya sebelum ini secara live juga pernah dikecam.

Menerusi persembahan live nyanyian Nabila Razali, beliau membawakan lagu terbarunya iaitu Peluang Kedua di Meletop Mega Raya Ria dilihat sedikit terkucil dan dapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Kami yang mendengar pun terluka

Susulan daripada persembahannya itu, rata-rata netizen turut mempersoalkan kemampuan penyanyi ini menyanyi secara live.

Ada yang berpendapat suara penyanyi wanita ini pecah di bahagian korus lagu tersebut yang memerlukan high note.

Menangis di akhir lagu

Di akhir lagu tersebut kelihatan penyanyi ini mula sebak dan menangis. Ada peminat yang turut memuji penyanyi ini menjiwai lagu yang dinyanyikan sehingga turut sama merasakan kesedihan itu.

Ada segelintir netizen menyifatkan lagu Peluang Kedua sememangnya menyentuh perasaan dan kena dengan jiwa penonton.

Lagu sendiri pun terkucil

Rata-rata netizen turut memberikan pendapat mereka mengenai persembahan penyanyi tersebut.

Menerusi IG Story, Nabila Razali telah memuat naik beberapa sedutan video rehearsal yang dilakukannya terlebih dahulu sebelum membuat persembahan.