“Kami rapat sejak Ramadan” Ikhlas Jalil Akui Sudah Lama Meminati Zulin Aziz

Zulin Aziz merupakan seorang pelakon yang serba boleh dan sering menghiburkan peminatnya dengan video-video yang dimuat naik di laman Instagram.

Tampil kurus Zulin Aziz tarik perhatian ramai

Zulin sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila pelakon ini tampil kurus menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagram.

Sementara itu, gara-gara memuat naik foto bersama Zulin Aziz di laman Instagram, pelakon Ikhlas Jalil menerima pelbagai reaksi dari netizen

Rata-rata peminat Ikhlas dan Zulin mahukan kepastian mengenai status hubungan mereka apabila Zulin juga dilihat turut memuat naik gambar bersama Ikhlas.

Saya memang dah lama minat dia

Menjawab persoalan tersebut, Ikhlas berkata mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dan menganggap Zulin sebagai rakan seperjuangan dalam industri.

“Sejujurnya, tak ada sebarang hubungan istimewa pun. Kami kawan-kawan sahaja dan saya pun dah lama kenal dia cuma semakin rapat bermula Ramadan lalu”.

“Saya memang dah lama minat dia, maksud saya minat bakat dia serta keunikan dia” ujarnya kepada mStar.

Kalau bercinta, saya mesti mengaku

“Saya dah anggap dia macam idola dalam industri seni ini, sehinggalah baru-baru ini kami berpeluang buat content video bersama”.

“Untuk memasuki fasa baharu perhubungan itu saya rasa masih jauh. Kalau betul bercinta, saya mesti mengaku, takkan nak sorok pula kan?,” katanya.

Menerusi Instagram, Ikhlas memuat naik beberapa keping foto bersama Zulin sehingga mengundang pelbagai spekulasi daripada peminat.

Orang doakan benda baik, tak salah kita aminkan 

Selain itu, Ikhlas atau nama sebenarnya Hizatul Ikhlas Abdul Jalil, 28, berkata dia lebih selesa meletakkan soal jodoh sebagai ketentuan daripada Allah.

“Soal jodoh saya memang serahkan pada Allah, kalau orang doakan benda baik, tak salah kita aminkan sahaja”.

 

View this post on Instagram

 

Amacam? Tak payah kawen online sangatlehhhhhh 🤪 @ikhlasjalil

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

“Tapi buat masa ni jodoh itu masih belum jumpa, jadi sekarang ini saya follow the flow sahajalah”.

Belum jumpa calon sesuai

“Kalau tanya bila nak kahwin, dari dulu lagi saya dah pasang impian itu tapi, itulah belum jumpa calon sesuai lagi,” ujarnya.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan supaya mereka menjadi pasangan kekasih dan menamatkan zaman bujang secepat mungkin.