“Terlebih rajin ni” Rider Foodpanda Sanggup Daki Gunung Kinabalu ‘Hantar Order’, Sekali Rupa-Rupanya…

Seperti yang kita sedia maklum, bekerja sebagai seorang penghantar makanan bukanlah suatu perkara yang mudah.

Iospital phone repair gombak

Yakni, pelbagai cabaran dan rintangan yang harus ditempuh demi mencari rezeki yang halal.

Sama seperti kisah seorang penghantar makanan yang tular baru-baru di media sosial ekoran dirinya kelihatan sedang menghantar makanan hingga ke atas gunung telah membuatkan orang ramai kagum melihatnya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @nasirsabara94 itu, kelihatan seorang lelaki lengkap berpakaian uniform rider FoodPanda dipercayai sedang berlari anak di atas Gunung Kinabalu.

Warga maya yang melihat video tersebut berasa tertanya-tanya adakah betul ataupun hanya sekadar ‘content’ sahaja?

Akhirnya terjawab sudah segala pertanyaan itu apabila lelaki berkenaan menjelaskan bahawa dia dengan sengaja memakai seragam rider pergi mendaki gunung dengan tujuan untuk menangkap gambar.

“Tidak lah kak, mendaki gunung jadi saya bawa baju panda saya untuk bergambar,” jelasnya menerusi balasan komen.

Dapat dilihat bahawa lelaki itu turut telah membuat persiapan awal daripada segi fizikal sebelum melaksanakan pendakian tersebut.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah meraih sebanyak 32.9K tontonan, 1242 tanda suka, dan 91 komen di laman platform sosial berkenaan.

Apabila menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat aksi lelaki tersebut dan turut berseloroh mengenainya.

Antara komen netizen:

“😳 sy baru naik tangga building 3 tingkat dh rase nak tercabut lutut n nyawa kat umbun²..tpi abg still steady hantar food lgi😂”


“cute pulak tengok berlari gitu…saya hari2 naik tangga smpi tingkat 4 pun dah gigil bang lututnya..enjoy dgn kerja ye bang”

“agak2 klu bgni jauh mahal juga kli kna cas byr kn”

“lain dr yg lain 😅 pkerja terpaling rajin ni 🤩”

Video TikTok yang tular:

@nasirsabara94 lari sebab kena kejar anjing❎ lari sebab kejar masa mau checkout di #suterasanctuarylodge#triptoakinabalu #kinabalupark #summitkinabalu #panalaban #mountkinabalu ♬ Funny Song – Bensound

@nasirsabara94 haihh Masi belum boleh moveon bha.. #mountkinabalu #panalaban..#CapCut ♬ original sound – nasirsabara94