Bawa Pulang 2 Trofi GMWA2022, Hafiz Mahamad Bagi 70 Staff Bonus Sebulan Gaji & Cuti 1 Hari!

Sebut sahaja empunya nama usahawan terkenal iaitu Hafiz Mahamad, mesti kita terbayang kepribadiannya yang baik terhadap orang yang tidak bernasib baik tanpa mengira bangsa dan agama.
Iospital phone repair gombak
Walaupun masih muda, namun Instafamous ini sangatlah disegani ramai kerana sering berkongsi perkara yang baik untuk dijadikan tauladan buat orang ramai ikuti.

Baru-baru ini, Hafiz Mahamad berjaya dinobatkan sebagai pemenang utama Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) yang berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam. Mendapat jumlah undian seanyak 125,288, Hafiz juga turut membawa pulang trofi anugerah Digital Influencer Tergempak GMWA2022.

Terharu dengan kemenangan berkenaan, Hafiz berbesar hati memberi sehari cuti dan sebulan bonus yang dianggarkan berjumlah RM300,000.

“Untuk semua staf saya, satu hari cuti untuk awak. Untuk staf saya di klinik raya ini satu bulan gaji bonus untuk awak. Terima kasih, ini adalah tentang kejayaan demi kebahagiaan,” ujar Hafiz di pentas sejurus menerima anugerah tersebut.

Hafiz juga memaklumkan staffnya banyak memberi sokongan dari belakang dan itu merupakan caranya menghargai setiap pekerja.

“Sejak awal tercalon, staf saya antara yang banyak memberi sokongan malah mereka juga mengundi saya… sokongan tersebut membuatkan saya terharu.”

“Tak salah untuk saya beri penghargaan kepada mereka dengan cuti selama sehari dan bonus sebulan.”


“Bonus tersebut juga sebagai tanda kerja keras mereka selama ini,” katanya yang ditemui sejurus selepas acara berakhir.

Bukan itu sahaja, netizen juga terharu melihat cara layanannya terhadap isteri tercinta, Aina. Menggengam erat tangan Aina naik ke atas stage, Hafiz akui selain rezeki daripada Allah, dia juga hanya menumpang rezeki isteri tersayang.

“Saya hanyalah lelaki yang menumpang rezeki isteri, dia ini adalah hadiah untuk isteri saya.

Sekadar info, Hafiz dan Aina berkahwin pada 24 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raisya Narisa, 3, dan Rayqal Arees, 1.

Hafiz juga sering berkongsi video positif yang boleh dijadikan tauladan terutamanya menghargai isteri, keluarga, masa bersama anak-anak, sahabat dan orang awam yang memerlukan.

Tidak cukup dengan itu, Ramai netizen yang menjadikan hafiz sebagai inspirasi setelah dia berjaya menjadi seorang majikan yang sangat prihatin terhadap staff dan memastikan mereka bekerja dalam keadaan gembira serta positif.

Video yang tular:

@hafizmahamad Isteriku, terima kasih tumpangkan kehebatanmu. @Syafiqah Aina ♬ Tujh Mein Rab Dikhta Hai (From "Rab Ne Bana Di Jodi") – Salim-Sulaiman & Roop Kumar Rathod & Jaideep Sahni