“Harga sebiji myvi full spec” Pemuda Show Off Dron Sawah Padi, Saiznya Yang Besar Jadi Bualan Ramai

Pada zaman kini terdapat banyak alat canggih yang dicipta degan pelbagai fungsi termasuklah teknologi ‘Drone’. Pelbagai drone yang dijual di pasaran yang menawarkan kualiti yang berbeza dari harga yang rendah sehingga lah harga yang sangat tinggi.

Iospital phone repair gombak

Bagi yang gemar mengambil gambar dan video, anda boleh membeli drone yang didatangkan dengan fungsi kamera dan bagi yang lebih berkemampuan, bolehlah melabur wang untuk mendapatkan drone berteknologi tinggi yang didatangkan dengan kamera anti-gegaran, bateri yang tahan lebih lama, fungsi GPS dan sebagainya.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana teknologi drone juga sudah diperkenalkan dalam industri pertanian dan pertahanan ketenteraan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @_ceokakibahan, seorang jejaka yang dilihat sedang meletakkan biji benih padi di dalam ruang kosong dron bersaiz gergasi mencuri perhatian ramai.

Jelas remaja itu di ruangan komen, dron sawah padi itu sering diguna pakai dalam menabur benih di sawah kerana lebih mudah dan pantas.


Menurut harga pasaran terkini, harga dron itu lebih mahal daripada harga sebiji kereta Myvi iaitu dalam anggaran RM54,710.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan teknologi yang semakin berkembang pesat pada masa kini bahkan ada juga yang akui baru pertama kali melihat drone sebesar itu sekaligus terkejut apabila mengetahui harganya.

“Seronok dapat tengok teknologi kat kampung makin canggih” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga bangga melihat pesawah muda yang berjaya dan mampu membeli teknologi tersebut untuk perniagaannya.

Antara komen wargamaya:

“Drone harga myvi”

“Harga drone tu pun lebih dari gaji bf baru dia..”


“Wow.. impress tengok drone tu..”

“Fuhh commercial drone tu pun sebiji dah berapa.. salute bro”

“Ni kalau makan daging wagyu hari2 pon no problem mat”

“Benda tu la yang terbang kat padi haritu masa balik kampung.. aku kata ada UFO kat mak aku hahaha”


Video yang tular di laman TikTok:

@_ceokakibahan budak kampung je u #fyp #sawahpadi #petanimuda #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – ★♣ – _.1 ♛