Terlantar Bersanding Di Pelamin, Pesakit Kanser Masuk Hall Guna Stretcher Buat Ramai Sebak!

Jodoh ajal maut sememangnya di tangan tuhan dan kita sebagai hamba tidak mampu untuk menolak sebarang takdir yang telah pun tertulis.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan, ada segelintir individu yang putus harapan setelah diberitahu diri mereka menghidap kanser bahkan beranggapan bahawa mereka sudah tidak ada hala tuju melainkan berserah dengan segala ketentuan.

Pun begitu, ada juga yang berusaha sehingga bebas kanser malah menjalani kehidupan seperti sediakala walaupun sedikit berbeza dimana perlu menghadiri temu janji kesihatan dan rawatan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang sanggup menerima seorang pesakit kanser sebagai suaminya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok Siti Marha, dia dilihat tersenyum ketika bersanding dengan pasangannya hanya terlantar di atas pelamin pada majlis perkahwinan mereka di Iman Iris Grand Hall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Difahamkan, suaminya menghidap penyakit kanser Leiomyosarcoma tahap empat dan tidak lagi mampu berjalan sejak September lalu.

Mereka melangsungkan perkahwinan pada 12 Oktober baru-baru ini dan majlis dilihat berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu.

“Suami saya merupakan pesakit kanser tahap empat.

“Sejak bulan September dia tak dapat berjalan disebabkan kanser merebak ke tulang belakang,” katanya.

Bukan itu sahaja, Marha turut memaklumkan bahawa kaki suaminya bengkak dan tidak boleh dibengkokkan menyebabkan mereka tidak dapat meletakkan pengantin lelaki di atas wheelchair.


“Kaki suami bengkak dan tak boleh bengkok… Dia sakit dari pinggang ke kaki sebab tu kami tempah ambulans sahaja untuk memudahkan pergerakan,” jelas Marha.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak dengan semangat yang ada dalam diri lelaki tersebut malah mendoakan kesihatannya sekaligus berharap agar dirinya terus kuat melawan penyakit tersebut.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga kagum melihat kesediaan seorang wanita yang sanggup bernikah dengannya.

Antara komen warga maya:

“Jodoh dan takdir yang tertulis.. moga kekal ke akhirat.. aamiinn”

“Setia hujung nyawa.. kebahagiaan yang paling diinginkan..”



Video yang tular di laman TikTok:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)